Anda penggemar aneka jenis Kerabu? Memang sedap kan kalau dapat makan kerabu yang kena dengan selera. Ratah macam tu je dah ok tanpa perlu makan nasi. Istimewa buat anda RASA kongsikan pelbagai resipi kerabu mudah yang anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Sesekali makan lauksimple macam ni, makan pun jadi berselera. Jom cuba!
3 ekor ikan termenung/ kembung – rebus, ambil isi dan hancurkan guna garfu
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan A, B dan isi ikan. Gaul rata. Kuantiti bahan A & B ikut citarasa masing-masing. 2.Perasakan dengan garam secukupnya. 3. Kerabu mudah dan sedap ini sedia untuk dinikmati.
INFO: Belimbing buluh bila dah jadi kerabu, rasanya tidak masam pun.
CARA MEMASAK: 1.Hiris jantung pisang yang dah empuk tadi. 2.Satukan bawang besar dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama isi ikan. Tumbuk sekali lagi hingga lumat. 3.Campurkan bahan tumbuk, bawang hiris, cili potong, garam, perasa, kerisik dan santan ke dalam bekas berisi hirisan jantung pisang. Gaul rata. 4.Akhir seklai, perahkan limau nipis. 5.Untuk elak kerabu cepat basi, boleh didihkan sekejap di dalam kuali. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dimakan sahaja.
CARA MEMASAK: 1.Tuang bahan kisar ke dalam bekas besar. 2.Seterusnya masukkan kerisik, jus limau nipis, santan, garam, gula dan perasa secukupnya. 3.Kemudian masukkan bawang besar, perut, pucuk paku dan tauge. Gaul rata. 4.Rasa dan jika ada kurang, tambah ikut selera anda.
INFO: Kuantiti bahan di atas kena pandai ubah ikut berapa banyak kerabu yang nak dibuat.
Cili api – dihiris . boleh ganti dengan serbuk lada hitam
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kuantiti ikut jumlah kerang dan pucuk paku yang digunakan. 2.Jika suka rasa kerabu yang lebih menyerlah, lebihkan jus limau dan garam. 3.Sedia untuk dinikmati.