Amaran! Crispy Cake Terlebih Coklat Boleh Buat Ketagih. Yang Diet Tengok Gambar Jer!

Share

Sesipa yang melihatnya pasti terliur, mana tidaknya coklat crispy cake ni sangat menarik untuk di makan. Bukan sahaja akan menjadi kesukaan anak-anak tetapi ibu bapa pun pasti tumpang makan sekali! Bahannya ringkas dan senang untuk dibuat. Mereka yang diet dilarang sama sekali duduk bersama ketika yang lain sedang menikmatinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI CRISPY CAKE / MARS BARS

BAHAN-BAHAN:

  • 10 mars bar (sy guna yg 18g) dia ada jugak yg 52g and 36g so kalau guna yg 36g guna 3/4 aje
  • 150g butter
  • 1 kotak rice krispie Kellogs
  • 400g chocolate (sy guna dark compounds beryls)

CARA MEMASAK:


Potong dulu mars bar ni kecik2. Time ni konpem ada 1, 2 hilang masuk ke dlm mulut hahaha. Konpem

Campurkan mars bar dan butter. Cairkan. Guna kaedah double boiler

Bia jadi macam ni. Memang akan berketul2 tapi takpe teruskan kacau sebab dia akan cair semuanya nanti

Sejukkan. Masa sejukkan ni boleh kacau lagi biar tak berketul2. Kena sejukkan dulu sebab kalau masukkan yang panas ke dalam rice krispies nanti tak crunchy dah krispies tu.

Masukkan ke dalam rice krispies

Guna mangkuk besar supaya senang nak kacau. Kacau sampai rata.

Masukkan dalam tray atau apa sahaja bekas yang kamu nak guna dan lapik guna foil atau baking paper sebab bila dah sejuk nanti senang nak angkat dan potong.

Rapat-rapatkan dan kedap-kedapkan rice krispies tu ye biar jadi seperti ni, kena rapatkan sebab nanti bila potong dia jadi rongak dan akan berterabur nanti kalau tak rapat.

Cairkan coklat. Double boiler jugak macam tadi.

Masukkan dalam rice krispies tu.

Sampai jadi macam ni. Masa ni da boleh potong sebab dah sejuk nanti senang sikit nak potong betul2. Masukkan dalam peti.

Tadaaaaa…dah sejuk dah keras dah boleh makan. Sedap giler!

 

Kongsi resipi: Lynn Naa (MAHN)

IKLAN