Almond Coklat, Rangupnya Memang Boleh Habis Sebalang

Share

Kudapan almond bersalut coklat ni berhantu, sekali makan susah nak berhenti. Ralit makan, Krup krap dalam mulut rangup sungguh. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam balang. Sambil menonton , sambil makan almond coklat ni.

Almond Coklat

Bahan-bahan:

400g almond

6 pek coklat Cadbury dairy milk

Cara membuat:

1.Goreng almond tanpa minyak. Api sederhana, rajin dikacau.

2.Selepas digoreng kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Ini pun rajin buka pintu dan kacau supaya ranggup sebati.

3.Siap dah. Rasalah. Rangup sungguh. Tak berhenti makan sebab almond ni.

4.Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas.

5.Wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair.

6.Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.

7.Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond rangupnya tak boleh bawa bincang. Kalau panas-panas masukkan almond hilanglah kerangupan almond tu. Kacau sebati semua.

8.Kemudian ambil sudu letak comel comel atas tray.Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit.


9.Siap dah. Boleh dah mengunyah!

10.Letak dalam balang sesiap. Letak luar pon tak cair ye.

Kredit: Ameera

IKLAN