Suatu ketika, ajinomoto menjadi sesuatu yang tabu dalam masyarakat Melayu. Kalau setiap hari guna dalam masakan boleh buat sakit kepala, rambut gugur dan macam-macam lagi. Siapa suka jadi botak ya tak? Sudahnya perencah ‘ajaib’ menyedap makanan ni, terus terpinggir.
Berpeluang mengikuti Exploring The Wonders Of Umami, Media Gathering 2017 di Ajinomoto Sdn Bhd, di Jalan Kucai Lama, Kuala Lumpur memberikan satu pengalaman baru yang selama ini tabu di fikiran. Selama ini yang saya faham tentang produk ini adalah sebagai penyedap makanan itu sahaja, selebihnya tidak pernah saya peduli atau ambil kisah.
Dari zaman mula kenal dapur, kemudian boleh masak dan sehingga usia sekarang serbuk putih halus ini memang ada dalam dapur. Dari rumah mak di kampung sampai di rumah sendiri sekarang, bahan ini tetap menjadi pelengkap rasa dalam masakan. Tetapi sebagai seorang yang suka memasak, keutamaan saya dalam makanan adalah cukup rasa asam, garam, manis dan pedas dalam masakan sudah cukup. Secubit serbuk perasa hanya sebagai tambahan pelengkap rasa.
Kalau tak percaya, cuba dua resipi sup yang ditambah dengan bahan perasa ini, rasa daging dan ayamnya lebih terasa, sedap hingga menghirup kuahnya.
SUP DAGING MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN TUMIS:
Ads
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
SUP AYAM THAILAND
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
1/2 biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
Begitu juga kalau anda menggoreng sayur, selain menggunakan api yang besar, sayur yang segar dan menumis tidak terlalu layu, penambah rasa adalah rahsia memberikan rasa sayur lebih sedap. Tak percaya cuba resipi sayur ini.
Ads
LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG –
BAHAN-BAHAN:
2 batang leek | dihiris serong
10 ekor udang segar | dibersihkan
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji cili merah | dihiris serong
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili merah hingga wangi.
Kemudian Masukkan udang. Goreng lagi hingga isi udang separa masak.
Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air, sedikit garam perasa..
Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Masakan Tak Lengkap Tanpa Serbuk Perasa Ini
Ads
Sebab itulah, apa pun mitos dan segala momokan tentang, serbuk perasa ini yang dikaitkan dengan kesihatan seperti menyebabkan migrin, keguguran rambut, mudah dahaga terkesan juga di hati tetapi sudahnya saya seakan tutup sebelah mata kerana tanpanya tidak lengkap rasa makanan yang dihidangkan. Lalu terdetik di hati, sekadar secubit apa salahnya, jadinya serbuk putih ini terus setia menjadi pelengkap masakan saya. Ia juga masih dalam senarai barang keperluan dapur saya setiap bulan. Namun sedikit berhati-hati-hati dek pengaruh cerita-cerita tentang MSG yang tular.
Selepas melawat Infoseum, mendengar pencerahan tentang produk, ceramah pemakanan sihat serta melihat demo masakan yang semuanya ada berkaitan dengan Perencah Umami . Barulah saya faham apa itu Umami. Rupanya sejarah Umami bermula apabila seorang ahli sains Jepun Profesor Kikunae Ikeda yang mengenalpasti glutamat sebagai punca rasa enak kaldu (broth) yang dihasilkan dari rumpai laut pada tahun 1908. Rasa enak inilah yang dinamakan sebagai Umami. Seterusnya, Profesor Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk menghasilkan penambah perisa atau dikenali sebagai Monosodium Glumat (MSG).
Umami Rasa Asas Kelima
Secara sainstifiknya rasa Umami dikenali sebagai rasa asas kelima selain rasa, masin, manis, masam dan pahit. Rasa ini terhasil dari makanan yang kaya dengan glutamat yang merujuk kepada ‘Rasa Macam Daging’ dalam bahasa Malaysia, ‘Xian Wei’ dalam bahasa Cina, ‘Savoury’ dalam bahasa Inggeris.
Penemuan terbaru mendapati, reseptor-reseptor Umami bukan sahaja terdapat pada lidah tetapi juga perut, ia berupaya mengenal pasti makanan mengandungi Umami, seterusnya menggalakkan penghadaman makanan berprotein. Bermakna makanan berasa Umami bukan saja menyelerakan bahkan membaiki penghadaman makanan berprotein dan meningkatkan pengambilan nutrien demi kehidupan sihat.
Agak mengejutkan juga apabila diberitahu tambahan sedikit MSG membantu mengurangkan pengambilan garam dalam masakan kerana kandungan sodium dalam satu sudu teh MSG tiga kali ganda lebih rendah berbanding satu sudu makan garam.
Lalu terjawab, persoalan kenapa saya dan rakan-rakan lain diminta untuk merasa dua jenis sup ayam ( Sup A dan Sup B) yang disediakan sebaik tiba di D’Umami Station. Bila ditanya mana pilihan kami, kesemuanya menjawab B. Rupanya Sup A diletakkan hanya 7.3gram garam dan Sup B diletakkan campuran 3.5gram MSG dan 4gram garam. Jelasnya sedikit penambah rasa MSG ia bukan hanya menyedapkan makan tetapi juga membantu mengurangkan pengambilan garam dalam masakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramadan bulan mulia yang sudah pastinya masa untuk berkumpul dengan ahli keluarga dan juga teman-teman. Paling seronok bila dapat berbuka bersama dengan aneka juadah yang menyelerakan.
Justeru itu, rangkaian Hotel Hilton seluruh Malaysia dengan tema Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan bakal menyajikan juadah istimewa sepanjang Ramadan ini untuk anda nikmati bersama keluarga dan yang tersayang.
Masa bersama tatkala berbuka puasa ditambah dengan hidangan yang sempurna dan suasana yang cukup selesa tentunya dapat mencipta memori yang tak dapat dilupakan.
Lebih menarik lagi bagi anda yang membuat tempahan awal sehingga 28 Februari akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.
8 Hotel Hilton Dengan Menu yang cukup menyelerakan untuk anda cuba bersama keluarga dan yang tersayang
Hilton Kuala Lumpur
Bertemakan masakan Melayu, ‘An Exquisite Ramadan Showcase’ oleh Hilton Kuala Lumpur ini menyajikan pelanggan mereka dengan juadah berbuka puasa yang cukup menyelerakan bermula 1 hingga 30 Mac 2025.
Antara hidangan yang wajib anda cuba adalah seperti:
Kerabu Muda bersama Kekapis Kering
Australian Lamb Neck Asam Pedas
Australian Beef Short Rib bersama Serunding Kelapa dan Sambal Strawberi
Pencuci mulut:
Kek keju dan aiskrim
Durian Musang King
Harga:
Dewasa: RM238
Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: RM119
Hilton Petaling Jaya
Bufet ‘Ramadan’s Hidden Treasure’ di sini bermula pada 1 hingga 29 Mac di Restoran Paya Serai. Antara menu yang wajib anda cuba:
Asam Pedas Lamb Shank
Kambing Hiris dengan Sos BBQ Szenchuan, dihidang bersama Roti Mantau
Kerabu Pucuk Paku
Pulut Kuning Bersantan dan Serunding Gulung dengan Pucuk Ubi Rebus
Pencuci Mulut:
Ubi Tonyoh Bunga Telang dengan Air Gula Melak
Cendol Panna Cotta dengan Sarang Madu Lebah
Harga:
1 hingga 3 Mac 2025 dan 27 hingga 29 Mac 2025
Dewasa: RM158
Kanak-kanak: RM79
6 hingga 26 Mac 2025
Dewasa: RM218
Kanak-kanak: RM109
Double Tree by Hilton Kuala Lumpur
bertemakan ‘Muhibbah Signature’ di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ini antara menu yang menjadi tarikan adalah:
Kari Udang Mamak
Smoked Australian Beef Brisket
Smoked Fish Salad
Chettinad Prawn Masala
Pencuci mulut:
Durian Goreng
Pudding Kurma dengan Gula Melaka Butterscotch bersama Aiskrim Teh Tarik
Harga:
28 Februari hingga 6 Mac 2025
Dewasa: RM151
Kanak-kanak: RM76
7 hingga 30 Mac 2025
Dewasa: RM209 (Ahad hingga Khamis) dan RM229 (Jumaaat dan Sabtu)
Kanak-kanak: RM105 (Ahad hingga Khamis) dan RM115 (Jumaaat dan Sabtu).
Double Tree By Hilton Putrajaya Lakeside
Taste of Nusantara dipilih sebagai tema bufet Ramadan di sini pada tahun ini. Menu yang cukup menarik dan perlu anda cuba adalah:
Salmon Percik Kepit Buluh
Kerabu Ketam Cengkerang Lembut bersama Sos Serai Bercili, Kelapa Sungai dan Avokado
Sup Gearbox Meletup
Sambal Hijo Slipper Lobster
Pilihan pencuci mulut yang menarik untuk anda cuba:
Kue Putri Nong
Bubur Candil Tepung Ketan
Teh Tarik Chocolate Mousse Cake
Harga:
3 hingga 28 Mac 2025
Dewasa: RM188
Kanak-kanak: RM94
Double Tree by Hilton Shah Alam i-City
Sajian berbuka Kampung Nostalgia pasti membuatkan anda terkenang masakan kampung yang sentiasa di hati. Antara menu yang boleh dicuba:
Kambing Kerutuk Mak-Mak
Udang Salai Lemak Belimbing Buluh
Rock Lobster Otak-Otak
Kerabu Ketam Bunga Pucuk Daun Delima Manis
Pilihan pencuci mulut:
Durian Crepe
Durian Choux
Kek Onde-onde
Harga:
3 hingga 30 Mac 2025
Dewasa: RM198
Kanak-kanak: RM99
Double Tree by Hilton Melaka
Hidangan untuk bufet Ramadan di sini cukup autentik untuk anda cuba. Menarik dan cukup tersendiri:
Nasi Lemuni Solok Lada Salmon
Ayam Bali
Rendang Tok Ekor
Salad Rambutan Udang
Pencuci mulut:
Gula Melaka Jackfruit Cheesecake
Aiskrim Serawa Durian bersama Gula Melaka
Pulut Kukus.
Harga:
Dewasa: RM158
Kanak-kanak (6 tahun ke atas): RM76
Double Tree by Hilton Damai Laut Resort
Mengekalkan menu tradisi dari Perak disamping hidangan kontemporari lain, antara hidangan berbuka untuk anda nikmati di sini antaranya:
Pais Ikan Tenggiri dengan Sambal Colek Bunga Kantan
Kerabu Perut Pomelo
Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung berserta Rebung
Pencuci Mulut:
Putu Perak
Wadai Kepeng
Harga:
1 hingga 30 Mac 2025
Dewasa: RM98 (hari minggu) dan RM118 (hujung minggu)
Kanak-kanak: RM49 (hari minggu) dan RM59 (hujung minggu)
Double Tree by Hilton Penang
Hidangan daripada utara menjadi pilihan untuk dipersembahkan kepada tetamu yang hadir untuk berbuka. Antara hidangan istimewa yang boleh anda cuba adalah:
Ayam Bawang Mamu
Daging Pesamah Utara bersama Pulut Kuning
Nyonya Popiah Basah
Kerabu Ikan Bilis
Nasi Kerabu Kak Dya
Pencuci mulut:
Penang Teochew Cendol Pudding
Tangyuan Kacang Hitam
Harga:
7 hingga 29 Mac 2025
Dewasa: RM138
Warga emas: RM98
Kanak-kanak: RM69
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Percaya atau tidak, teknologi canggih terkini mampu untuk mengekalkan kesegaran makanan dan sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan harian.
Dalam memastikan kesegaran sayuran dan buahan lebih lama untuk hidangan yang lebih berkualiti dan pada masa yang sama menuju ke arah gaya kehidupan sifar-pembaziran, jenama peralatan rumah terkemuka dari Eropah, Beko berjaya menemui jalan penyelesaian dengan melancarkan peti sejuk Harvestfresh, yang dapat menjimatkan tenaga dengan teknologi ProSmart Inverter Compressor.
Ketua Pegawai Eksekutif Beko Appliances Malaysia, Chan Loc memberitahu, Beko berjaya menghasilkan rangkaian peti sejuk menggunakan bukan hanya satu, malahan tiga warna yang efektif – hijau, biru dan merah, yang menyerupai kitaran 24 jam matahari serta cahaya matahari semula jadi.
“Kelebihan rangkaian Beko HarvestFresh tidak hanya setakat itu sahaja. Ia juga didatangkan dengan sistem dwi-penyejukan NeoFrost yang mengekalkan suasana sejuk optimum, seterusnya membantu mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh yang lebih lama.
“Rangkaian Beko Harvestfresh menggunakan sistem penyejukan yang berasingan membolehkan keadaan kelembapan tinggi dikekalkan di dalam bahagian sejuk dan pada masa yang sama bahagian sejuk beku kekal kering dan tanpa fros,” katanya.
Didatangkan dengan dua variasi warna yang bergaya dan versatile, Dark Inox dan Brshed Silver, ia memberikan sentuhan pereka dan dapat disesuaikan dengan mudah pada mana-mana rekaan dapur.
Untuk maklumat lanjut tentang Beko Malaysia dan mengetahui lebih mengenai peti sejuk HarvestFresh serta produk-produk Beko yang lain, sila layari www.beko.my.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bertemakan “Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner” Sime Darby Convention Centre (SDCC) tidak ketinggalan mengadakan preview Ramadan.
Promosi bufet Ramadan bermula dari 24 April hingga 21 May 2020. Sepanjang bulan mulia ini, SDCC menyediakan pelbagai menu tradisional Asia yang autentik.
Antara yang menarik sebagai pembuka selera ialah Kari Kepala Ikan Salmon, Sotong Berlado Petai dan Bubur Lambuk Berherba. Asam Pedas Ekor juga wajib anda cuba nanti.
Selain ini akan dimeriahkan lagi dengan 20 stesyen makanan dengan masakan secara live antaranya Sup Berempah, Masakan Kawah, Ikan bakar, Otak-otak, Teppanyaki, Hot Plate dan pelbagai jenis cucur.
Semua hidangan disediakan oleh chef pilihan menggunakan bahan-bahan istimewa bagi memastikan rasa keaslian pada setiap menu.
Tidak dilupakan hidangan pemanis mulut antaranya Tapai Pulut Daun Getah, Sago Gula Melaka Bubur Kacang Hijau Durian, Roti Jala Pandan, ABC cendol, Puding Roti , pelbagai kekdan tat.
Tambahan menu signature dihidangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu iaitu Lebanese Venison Stew, Lemon Saffron Rice, Vietnamese Chicken Roll, Nasi Kambing Bukhara dan pemanis mulut Boloi Thai.
Raikan bersama teman-teman dan mereka yang tersayang di sini. Harga RM99++ seorang, bufet Ramadan setiap hari bermula dari 7.00 pm hingga 10:30 pm dari 24 April hingga 21 Mei 2020.
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas dikenakan bayaran RM69 seorang. Baucar early bird dijual pada harga RM79 seorang sepanjang bulan Mac dan RM89 seorang dari 1 April hingga 23 April 2020.
Seperti tahun sebelumnya , promosi China Treasures Ramadhan Dinner Indulgence boleh anda nikmati. Buat tempahan awal supaya anda tidak ketinggalan dengan promosi bufet hebat di sini. Untuk tempahan boleh hubungi Restoran Halia. SDCC.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!