Aiskrim Vanila Coklat, Rasa Premium Tapi Kos Buat Murah Betul!

Share

Bahagia betul saat dapat menikmati aiskrim dalam cuaca panas membahang. Apatah lagi, jika aiskrim vanila coklat itu mempunyai rasa yang premium dan ‘mewah’. Nak beli selalu, rasa macam makan modal tinggi juga.

Apa kata kita buat aiskrim sendiri. Selain modal rendah, kita boleh dapat menikmatinya selalu kerana satu adunan resipi ini dapat menghasilkan kuantiti yang banyak.

Jom kita buat aiskrim vanila coklat rasa premium ini hasil perkongsian resipi daripada Rohaya Zulkarnin Aya ini. Mudah je caranya, tapi rasa aiskrimnya memang padu! Rasa aiskrim mahal.

BAHAN-BAHAN:

¾ tin susu pekat (kalau manis, boleh kurangkan) – Boleh beli online di sini

2 kotak kecil susu full cream – Boleh beli online di sini

1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal) – Boleh beli online di sini

2 sudu kecil perisa vanila 

CARA MEMASAK:

Campurkan bahan-bahan di atas menggunakan mixer sehingga menjadi gebu dalam anggaran masa 20 minit.

Kemudian, tuangkan di dalam jag. Ini akan memudahkan kita untuk letak di dalam plastik aiskrim nanti.

TOPPING COKLAT:

200g chocolate milk (sis pakai Cadbury sebab tak sempat beli)

100g dark chocolate Beryl’s

CARA MEMASAK:

Buat teknik double boil

. Jangan setitik pun air terkena coklat, nanti takut coklat mengeras).

Setelah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picitkan lalu masukkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang.

Semasa kita ratakan coklat di dalam plastik, kita boleh agak-agak ketebalan coklat tersebut.

Kemudian, tuang aiskrim vanila yang telah siap mixed tadi ke dalam plastik aiskrim. Jangan risau, coklat tadi tidak akan bercampur dengan aiskrim vanila tersebut.

Setelah masuk, hentak-hentakkan manja sikit bagi mampat. Jika tidak, nanti ada ruang kosong di dalamnya.

Setelah itu, ikat kesemua hujung aiskrim tersebut dan bolehlah dibekukan.

Dah siap dibekukan. Lihatlah, vanila di dalam bersalut coklat di luar. Nimat betul! Selamat mencuba.

Kredit: Rohaya Zulkarnin Aya

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN