Ais Krim Homemade Perisa Jagung

Share

Bila dah lepas makan malam, dapat pula ais krim perisa yang disukai pasti nikmat. Nak puas makan, kalau buat ais krim homemade ikut perisa yang anda suka. Sekarang musim panas. Siang malam panas.Jom kita buat ais krim Malaysia perisa jagung yang sedap gebu mantop.

Bahan-bahan:
Plastik ais krim
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 liter air masak
1 tin jagung krim

Perisa jagung Al-ameen (perisa ini sedap)
4 sudu makan tepung jagung
Secubit garam

Cara membuat:
1.Campur bahan di atas. Masak sampai panas, tak perlu mendidih.
2.Apabila  sejuk, boleh bungkus elok-elok.
3.Bekukan 24jam.

*1 adunan ini boleh dapat 20 batang. Kalau buat pendek-pendek, boleh dapat lebih.

Kredit: cikmar jhd

Boleh beli peralatan memasak yang baru. Mudah saja , Klik sini 

 

IKLAN