Cara Hasilkan Air Rebusan Halia Dan Halba Untuk Legakan Masalah Angin Tersekat.

Share

Silap makan satu badan berangin, tak lalu makan dibuatnya. Untuk anda yang sensitif dengan makanan sejuk, ingin turunkan berat badan dan kurangkan buncit boleh cuba petua air rebusan perkongsian saudari Jehan Noor ini. Mudah, murah dan berkesan.

AIR REBUSAN HALBA & HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan air
  • seinci halia di ketuk
  • sesudu halba
  • madu sebagai penambah rasa.

 

CARA-CARA:

1. Rebus halia dan halba sampai air mendidih.

2. Bila dah suam, masukkan madu. Kacau rata dan sedia untuk diminum.

HASILNYA:

  • Terus sendawa. Perut rasa lebih lega.
  • Selain dari buang angin, air rebusan ni boleh bantu turunkan berat dan kurangkan perut buncit.
  • Kalau nak tingkatkan metabolisma campurkan dengan teh hijau.

 

KHASIAT HALIA

  • Buang angin
  • Redakan tekanan dan naikkan seri wajah
  • Turunkan berat
  • Atasi masalah pencernaan.
  • Hilangkan bau badan
  • Tingkatkan immune

KHASIAT HALBA:

  • Hilangkan kembung dan sebu
  • Membuang angin
  • Bantu turunkan berat.
  • Milk booster
  • Mencuci perut
  • Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
  • Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
  • Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
  • Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi

 

Kredit resipi & foto: Jehan Noor 

IKLAN