Air Jagung Puaka Bakal Menghantui Hidup Anda

Share

Sedapnya minum air jagung puaka dengan rasa lemak manis jagung yang terbaik. Ditambah pula ais ketul atau aiskrim pilihan menambahkan lagi kesegaran.

AIR JAGUNG PUAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 5 sudu besar perisa jagung
  • 5 sudu besar jagung tin
  • 2 cawan besar air masak
  • Setengah tin susu cair
  • 6 sudu susu pekat

 

Tambahan:

  • Ais Ketul
  • Beledor hitam ( Agar-agar )

 

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan perisa jagung dalam jug.
  2. Selepas itu masukkan air dan susu cair.
  3. Kemudian masuk susu manis
  4. Tambahkan jagung kacau

 

Kredit: Rusmida Rusdi

IKLAN