Ads

Ahmad’s Fried Chicken Buka Cawangan Ke-44 di Kota Warisan

Siapa sangka, dari satu cawangan pada tahun 2024, kini Ahmad’s Fried Chicken terus melakar kejayaan dengan pelancaran cawangan ke-44 di Kota Warisan, Sepang. Jenama ayam goreng tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini tidak hanya menjual ayam goreng, tetapi menawarkan satu pengalaman rasa dan kebersamaan.

Ahmad’s Fried Chicken Buka Cawangan Ke-44 di Kota Warisan
Cawangan Ahmad’s di Pusat Perdagangan KLIA

Perasmian di Kota Warisan

Majlis pelancaran berlangsung meriah di No. 10-G, Jalan KLIA Avenue, Pusat Perdagangan KLIA, Sepang bermula jam 11 pagi hingga 1 petang. Kehadiran pelanggan setia membuktikan bahawa Ahmad’s bukan sekadar restoran, tetapi satu simbol rasa yang menyatukan rakyat.

Momentum Pertumbuhan

Sejak mula beroperasi tahun lalu, Ahmad’s terus berkembang pesat. Hari ini, jenama ini memiliki:

  • 13 restoran penuh

  • 10 mini restoran

  • 21 kiosk

Dan menjelang hujung tahun 2025, Ahmad’s yakin untuk mencapai 80 cawangan di seluruh Malaysia!

Ads

Ahmad’s Fried Chicken Buka Cawangan Ke-44 di Kota Warisan

Kualiti & Kepercayaan Pelanggan

“Sejak hari pertama, kami tidak pernah berhenti memperbaiki resipi dan layanan. Setiap maklum balas pelanggan adalah ilham untuk jadi lebih baik,” jelas wakil Ahmad’s. Inilah yang menjadikan Ahmad’s bukan sekadar jenama ayam goreng – tetapi pilihan utama rakyat Malaysia.

Ads

Visi Lima Tahun

Di bawah pelan strategik Ahmad’s Fast Food Sdn Bhd, Ahmad’s merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa selain memperkenalkan cawangan pandu lalu serta mengukuhkan kehadiran di Sabah dan Sarawak.

Ahmad’s Fried Chicken Buka Cawangan Ke-44 di Kota Warisan
Dari kiri Pengasas & Pengarah Ahmad’s Fried Chicken, Encik Taufik Khairuddin bersama Isterinya dan Datuk Aznil Hj Nawawi

Pengasas & Pengarah Ahmad’s Fried Chicken, Encik Taufik Khairuddin, berkata:

Ads

“Ahmad’s adalah simbol rasa, tradisi, dan kebersamaan rakyat Malaysia. Dengan sokongan semua, kami yakin misi mencapai 80 cawangan tahun ini akan tercapai.”

Peluang Untuk Usahawan Tempatan

Lebih istimewa, Ahmad’s kini membuka peluang kepada usahawan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ini. Kisah kejayaan Puan Evi, rakan niaga bagi cawangan Kota Warisan, menjadi bukti bahawa Ahmad’s adalah platform yang mampu membantu usahawan tempatan berkembang.

Dengan 24 menu warisan bercita rasa Malaysia, suasana mesra pelanggan, serta krew yang penuh semangat, Ahmad’s mahu setiap cawangan menjadi pusat komuniti & lambang perpaduan.

Ahmad’s Fried Chicken Buka Cawangan Ke-44 di Kota Warisan Ahmad’s Fried Chicken Buka Cawangan Ke-44 di Kota Warisan

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Char Kuey Teow Sedap. Resipi Paling Padu & Mudah Yang Buat...

Nak masak Char Kuey Teow Sedap gaya kedai? Ini resipi lengkap, mudah dan padu untuk hasil yang lebih pekat, wangi dan puas hati. Semua bahan ringkas dan langkah memasak jelas!