Ahli Congrezz Kidzania Lancarkan Kidz VS Food 3.0 Bertemakan “Serve Up Kindness”

Share

Bersempena dengan pelancaran KidZ vs Food 3.0, ahli CongreZZ KidZania telah menunjukkan bakat memasak mereka dengan menyediakan jamuan untuk kanak-kanak daripada Hilla Community Centre. Program cuti sekolah yang bermula dari 24 November hingga 31 Disember lalu turut diisi denganpelbagai aktiviti harian dan hujung minggu yang bertujuan untuk memupuk kreativiti dalam bidang masakan serta menyemai sikap menghargai makanan.

Pada penganjuran kali ketiga ini, ahli CongreZZ KidZania yang dibantu oleh chef ‘Abang’ Brian dalam menyediakan hidangan utama, Nasi Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang dan pencuci mulut, Kek Gulung Coklat Pisang.

Antara aktiviti lain yang diadakan untuk Program KidZ vs Food 3.0 ialah Pop Up Kitchen dan Drink Station yang mana ia membimbing kanak-kanak belajar memasak menggunakan resipi makanan dan minuman yang mudah. Selain itu, terdapat juga aktiviti Food Science yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan eksperimen menggunakan bahan-bahan masakan dan juga aktiviti Food Art yang menyerlahkan kreativiti kanak -kanak dalam menghias hidangan.

Terdapat juga aktiviti untuk ibu bapa iaitu Parent & Kid Cooking Workshops yang menampilkan resipi mesra keluarga yang berbeza setiap hujung minggu.

IKLAN