Agar-Agar Tembikai, Sedap Dijadikan Pencuci Mulut Selepas Makan

Share

Salah satu pencuci mulut yang sedap dinikmati selepas makan adalah agar-agar tembikai. Rasanya memang rasa tembikau kerana dibuat menggunakan buah tembikai yang dikisar. Cuma teksturnya berbeza kerana ada agar-agar.

Bentuknya juga sama macam tembikai kerana dipotong mengikut potongan buah tembikai.

Menarik, kan? Jom kita lihat resipinya.

AGAR-AGAR TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN
1/2 isi buah tembikai
37 gram agar-agar tali
1 1/2 cawan gula
Air secukupnya
1 titis pewarna ros (jika mahu)

CARA MEMBUAT
1. Sebiji tembikai, dipotong dua. Ambil separuh isi tembikai. Kisar halus. Tapiskan dan ketepikan.


2. Dalam periuk, masukkan agar-agar tali dan gula. Kemudian isikan air sehingga agar-agar tenggelam. Masak sehingga mendidih dan gula larut.
3. Tapiskan bancuhan agar-agar dan gula tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk.
4. Masukkan air tembikai yang telah dikisar dan ditapis tadi. Masakkan sehingga mendidih.
5. Letakkan setitis pewarna ros jika mahu. Kacau, tutup api. Biarkan sejuk.
6. Selepas bancuhan telah sejuk, masukkan dalam kulit tembikai yang dibelah 2 tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.
7. Selepas agar-agar mengeras, bolehlah potong dan nikmati agar-agar tembikai anda.

Siap!

Selepas dibelah dua.
Potong macam kita potong tembikai.

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Terima kasih berkongsi resipi dengan majalah RASA.

IKLAN