Agar-agar Coklat Pelangi Elok Aje Rupanya, Mudah Sangat Buatnya.

Share

Selesai juadah dapat makan agar-agar dingin lemak berkrim memang terbaiklah. Lagi pulak dapat makan agar-agar berwarna warni yang kaya rasa coklat dan susu pekat manisnya.

Ni agar-agar coklat pelangi dari Mama Syamil , bahan-bahannya cuma lima aje. Buatnya pun senang sangat korang. Jom cuti kemerdekaan, ukirkan senyuman manis pada orang tersayang dengan hidangan pemanis mulut, Agar-agar Coklat Pelangi.

AGAR-AGAR COKLAT PELANGI ( by Mama Syamil.)


.

BAHAN-BAHAN :

  • 20gm@ 1paket agar-agar tali
  • 1500ml air
  • 1 tin susu pekat manis
  • 2 sudu makan perisa coklat. * boleh ganti milo/ovaltine/vico
  • Beberapa titik pewarna


.

CARA-CARA MEMASAK :

1.Basuh agar-agar dan masakan agar-agar dengan air sehingga larut.
2.Masukkan susu,masak sehingga larut dan mendidih.
3.Sediakan pewarna kesukaan masing-masing
4.Masukkan perisa coklat pada bahagian pertama dan terakhir agar-agar dan biarkan ia mengeras kemudian diikuti lapisan lain mengikut warna kesukaan.
5.Agar-Agar yang selebihnya biarkan di atas api yang paling slow sementara tunggu agar-agar lapisan pertama mengeras.
7.Apabila semua lapisan dah selesai, masukan agar-agar di dalam peti dan siap untuk dipotong.


.

Info :

  1. Kalau nak suruh agar-agar cepat mengeras setiap lapisan letak dalam peti tempat beku tak sampai 5 minit dah keras,boleh letak lapisan kedua.
  2. Gariskan dengan garfu atas permukaa lapisan, untuk lapisan berikutnya melekat cantic

Selamat memcuba
Kredit nooridayu jafri

IKLAN