Ada Roti Yang Hampir Expired? Jangan Dibuang, Jom Buat Cucur Roti. Sedap!

Share

Ada kalanya kita beli roti sikit, cepat habisnya. Beli roti banyak, tak dimakan pula. Tarikh pun hampir ke tarikh luput.

Jangan dibuang roti itu. Sebaliknya manfaatkan dengan membuat cucur roti. Sedap rasanya. Rangup dan enak dimakan dengan dicecah pada sos ataupun sambal kicap.

Jom kita lihat resipinya.

CUCUR ROTI

BAHAN-BAHAN
4 keping roti sandwic (dicarik-carik kecik)
1 batang sosej (dipotong dadu)
2 sudu besar isi ayam
1 labu bawang besar (hiris halus)
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar daun bawang
1/2 lobak merah (disagat)
1 tangkai cili merah besar (potong kecil)
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur ayam
Sedikit air
2 cawan minyak masak (untuk menggoreng)

CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan roti sandwic. Carik-carikkan.


2. Masukkan sosej yang telah dipotong dadu kecil-kecil.
3. Masukkan isi ayam yang telah dicencang.
4. Masukkan bawang besar, daun sup, daun bawang, lobak merah, cili merah besar, garam, serbuk kunyit, tepung gandum, serbuk penaik, telur ayam dan air.
5. Gaul sebati semua bahan. Ketepikan.


6. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Masukkan sesudu demi sesudu adunan tadi untuk digoreng.
7. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Ulang sehingga habis adunan yang dibuat.

Goreng gunakan minyak banyak supaya lebih rata masaknya.
Sedap cucur roti!

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/hU6MOqWsmuc

Sumber: Samsiah Hj Mat Ali

IKLAN