
Muak makan lauk berlemak dan bersantan di musim open house ni. Apa kata masak lauk Acar Ikan Tongkol untuk makan tengahari. Gabungan rasa masam dan sedikit pedas, memang cukup ‘kick’ bila makan dengan nasi panas! Simple je nak buat, tapi rasanya boleh buat bertambah tanpa sedar. Jom cuba!
Lepas beberapa hari makan hidangan berat seperti rendang, kuah kacang dan masakan bersantan, tekak memang mula cari sesuatu yang lebih ringan. Di sinilah Acar Ikan Tongkol jadi penyelamat. Rasa masam daripada cuka, digabungkan dengan sedikit manis dan pedas, membantu ‘reset’ selera makan dengan cepat.
Bukan itu sahaja, hidangan ini juga sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang rumit. Malah, kebanyakan bahan memang sudah ada di dapur. Ini menjadikan Acar Ikan Tongkol
pilihan praktikal untuk hidangan tengahari yang cepat tetapi tetap menyelerakan.Walaupun nampak simple, ada beberapa tips yang boleh buat rasa Acar Ikan Tongkol
jadi lebih padu:Acar Ikan Tongkol paling sedap dimakan bersama nasi putih panas. Kalau nak lebih padu, boleh tambah dengan telur dadar atau sambal belacan. Kombinasi ini memang cukup lengkap – masam, pedas, dan sedikit manis dalam satu hidangan.
Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang nak kurangkan makanan berminyak dan bersantan tanpa mengorbankan rasa. Sekali cuba, memang akan masuk dalam senarai menu wajib ulang!
Jadi, kalau anda tengah cari menu ringkas tapi sedap, Acar Ikan Tongkol memang pilihan terbaik. Mudah, cepat, dan confirm menambah nasi!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: