Ads

Tutup Akaun Twitter, Akhirnya Tuanku Permaisuri Agong Bersuara…

Semalam, trending di media sosial mengenai Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter @cheminahsayang dan tidak lagi aktif. Ia telah menyebabkan timbul tanda tanya dikalangan netizen yang mengikuti perkembangan permaisuri berjiwa rakyat ini.

Pelbagai andaian dilontarkan warganet. Hari ini puteri kepada Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah menerusi akaun Twitternya telah mendedahkan punca bondanya melakukan sedemikian.

Tutup Akaun Twitter, Akhirnya Tuanku Permaisuri Agong Bersuara...
Malah menerusi hantaran tersebut juga, Tengku Puteri Afzan memuat naik gambar memaparkan komen Raja Permaisuri Agong berhubung isu berkenaan.

Ads

Titah Raja Permaisuri Agong, dia menutup akaun tersebut bukan disebabkan sedih, terluka atau marah dengan komen sesetengah pihak. Sebaliknya ia dibuat atas alasan peribadi.

Ads

Tutup Akaun Twitter, Akhirnya Tuanku Permaisuri Agong Bersuara...

Ads

Susulan kenyataan itu, ramai mengagumi tindakan dan penjelasan Raja Permaisuri Agong serta berharap supaya orang ramai turut menghormati keputusan dan privasi baginda.

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Restoran Nasi Kandar AFC One Bistro, Port Makan 24 Jam Dengan...

AFC One Bistro di Petaling Jaya menawarkan nasi kandar, roti, briyani dan pelbagai menu menarik 24 jam untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.