Cara Buat Sengkuang Calit Homemade, Jajan Zaman Sekolah Yang Buat Ramai Rindu!

Ads

Siapa geng sengkuang calit masa zaman sekolah dulu?Sengkuang sejuk rangup, sapu sos merah kemudian tabur kacang tumbuk banyak-banyak. Fuhhhh..Nikmat betul. Sekali makan memang susah nak berhenti. Rindu tak nak rasa Sengkuang Calit macam zaman dulu-dulu? Jom cuba resipi ni. Gerenti makan tak henti.

SENGKUANG CALIT

BAHAN-BAHAN:
1 biji sengkuang (dikupas kulit, dipotong tebal anggaran 1.5 cm dan disejukkan di dalam peti sejuk)
Kacang tanah (digoreng, dibuang kulit, dan ditumbuk kasar)

BAHAN SOS SENGKUANG CALIT:
8 sudu besar gula Melaka (disagat atau dipotong kecil)
5 sudu besar taucu manis
1 sudu besar cili kering kisar
1/2 sudu kecil pes asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan sos)
Sedikit air (jika perlu)

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #resipi #dapurrasa #ingatmakaningatrasa #sengkuangcalit

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads