Resipi Nasi Goreng Tuna. Menu Ringkas, Tapi Sangat Sedap & Membuka Selera!
Ads
Pernah cuba Nasi Goreng Tuna? Jika tak pernah, anda kena cuba sebab rasanya sangat sedap! Bukan sahaja untuk anak-anak, orang dewasa pun pasti gemarkan rasanya. Mak dan ayah, kalau nak lagi ‘kick’, tambah hirisan cili padi. Gerenti ulang makan banyak kali. Selamat mencuba!
NASI GORENG TUNA
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk kecil nasi sejuk
- 1 tin tuna dalam air
- 4 sudu besar mentega
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar bawang kisar (optional)
- Sedikit sayur campur
- 2 sudu teh garam (sesuai rasa)
- Sedikit kicap manis dan kicap masin
- Sedikit hirisan daun sup/daun bawang (optional untuk naikkan aroma dan rasa)
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega dalam kuali bersama bawang putih. Kemudian masukkan sosej. Tumis sampai kekuningan.
- Masukkan tuna. Hancur-hancurkan isinya.
- Tambahkan garam dan sedikit perasa. Kacau rata.
- Masukkan nasi sejuk. Tambahkan sedikit kicap manis dan kicap masin untuk sesuaikan warna dan rasa. Masukkan sayur campur. Kacau rata menggunakan api besar.
- Tabur daun bawang. Gaul sebati dan sedia dinikmati.
#resepi #nasigorengtuna #bekal #minitekspres #majalahrasa
