Cucur Kentang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam! Sesuai Untuk Bekal Sekolah

Ads
Sekolah tinggal beberapi minggu je lagi tapi masih pening fikir nak buat bekal apa untuk anak. Itu biasa…Min pun macam tu. 😍 Cuba resipi Cucur Kentang ni. Rangup di luar, lembut di dalam dan mudah nak sediakan. Sesuai juga dijadikan kudapan minum petang.
CUCUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang – dipotong dadu
Ikan bilis secukupnya
Daun bawang – hiris
Sedikit lobak merah – hiris memanjang. .
2 sudu makan jagung
1 biji bawang merah – potong dadu
Bahan perasa secukupnya
1/2 gelas air sejuk (dari peti ais)
4 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan ubi kentang, ikan bilis, daun bawang, lobak merah, jagung dan bawang ke dalam mangkuk. Gaul.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan serbuk perasa. Sebatikan.
3. Masukkan air sejuk. Campurkan hingga sebati.
4. Panaskan minyak masak, sudukan adunan dan goreng hingga keperangan.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos kegemaran.
#MajalahRASA #CucurKentang #BekalSekolah #ResipiMudah #minitekspress
Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads