Resipi Sandwic Telur Ketam Simple Untuk Bekal Anak Ke Sekolah
Ads
Anak-anak memang suka makan Sandwic Telur Ketam ni sebabnya rasanya yang sedap dan tak pedas. Makan 2 keping pun dah kenyang. Bagi mak-mak yang belum ada idea nak masak apa untuk bekal anak ke sekolah esok, boleh cuba resipi ni. Selamat mencuba!
SANDWIC TELUR KETAM
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
2 biji telur – direbus dan dicincang kasar
4 batang isi ketam / crabstick – carik halus
2 sudu besar mayones
1 sudu besar bawang besar – cincang halus
1 sudu besar daun bawang – hiris halus
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Daun salad secukupnya
Mentega secukupnya – untuk sapuan
Cara Penyediaan:
1.Masukkan telur rebus ke dalam mangkuk. Kemudian lenyek.
2. Masukkan isi ketam. Gaul hingga rata.
3.Tambahkan mayones, bawang besar dan daun bawang.
4.Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
5.Sapukan sedikit mentega pada roti.
6.Letakkan daun salad, kemudian sudukan inti telur ketam dengan secukupnya.
7.Tutup dengan sekeping lagi roti dan tekan perlahan.
8.Potong dua dan sedia untuk dinikmati.
#resepi #resipi #recipe #bekal #sandwictelurketam
