Lauk Kampung Orang Pantai Timur! Gulai Kuning Ikan Lada Solok Ni Sedap Lain Macam
Gulai Kuning Ikan Lada Solok ni memang cukup menyelerakan. Kuah kuning berlemak, isi ikan yang lembut dan aroma lada solok menjadikan hidangan tradisi Pantai Timur ni begitu istimewa. Lagi sedap bila kuahnya dicurah atas nasi putih panas. Tak perlu lauk banyak pun dah cukup puas. Selamat mencuba!
GULAI KUNING IKAN LADA SOLOK
Bahan-bahan:
2 ekor ikan Jepun ā bersihkan dan potong 3
4 biji lada solok
900ml santan
5 batang serai ā diketuk
2 keping asam gelugur
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
½ sudu kecil gula
Bahan kisar:
1 biji bawang merah besar
8 biji cili padi merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
3 inci lengkuas
5 inci kunyit hidup
1 sudu besar belacan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #gulaikuningikanladasolok #ResipiTradisional #MakananMalaysia
