Simple & Tak Guna Banyak Bahan. Resipi Roti Telur Bayam Keju Ni Memang Enak!

Ads

Tercari-cari menu bekal yang sedap dan mudah buat untuk anak-anak ke sekolah? Roti Telur Bayam Keju ni antara yang mudah disediakan. Paling penting ia berkhasiat dan mengenyangkan. Selamat mencuba!

Roti Telur Bayam Keju

Bahan-Bahan:
2 keping Roti sandwic

Bahan Campuran Telur:
2 biji telur
2–3 sudu besar susu
Garam secukup rasa
1/2 biji lada benggala merah
Daun bawang

Bahan Inti:
Kepingan ayam
Hirisan keju cheddar
Bayam segar

CARA MEMASAK:
1.Pukul telur bersama susu dan garam.
2.Masukkan lada beggala merah dan daun bawang. Kacau sebati.
3.Panaskan kuali, tuang bancuhan telur tadi.
4.Susun potongan roti. Biar hingga telur masak.
5.Terbalikkan telur.
6.Susun kepingan ayam, keju dan bayam.
7.Lipat roti dan angkat.
8.Sedia untuk dinikmati.

#MajalahRASA #rotitelurbayamkeju #IdeaBekal #BekalSekolah #BekalAnak #ResipiMudah #MenuSarapan

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads