Resipi Sambal Ayam Pucuk Gelugur. Masam-Masam Pedas Memang Buka Selera!

Ads

Kalau biasa guna asam gelugur buat masak. Kali ni kita guna pucuk gelugur pula! Bila masak bersama sambal, rasa masam daripada pucuk gelugur tu buat rasa lagi sedap.  Lauk kampung macam ni memang paling bahaya kalau ada nasi putih panas. Tak perlu lauk banyak-banyak, Sambal Ayam Pucuk Gelugur ni sahaja dah boleh buat bertambah nasi. Jom cuba!

SAMBAL AYAM PUCUK GELUGUR

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong kecil,
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 genggam pucuk gelugur- hiris nipis
10 biji cili padi (ikut pedas)
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #sambalayampucukgelugur  #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads