Ads
Home Dapur Rasa x Jalen- Sizzling Yee Mee

Dapur Rasa x Jalen- Sizzling Yee Mee

Anda dan keluarga suka sangat makan Sizzling Yee Mee? Ha… Jom masak sendiri guna resipi mudah ni. Sedap, mudah dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Rasanya memang sama macam Sizzling Yee Mee dekat medan selera tu. ! Padu… Puan-puan memang kena cuba. Suami & anak-anak pasti suka.
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih
2 inci halia
8-10 tangkai cili kering
500gm ayam
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
6 cawan / 1.5 liter air
1 kiub ayam
3 sudu besar Kicap Manis JALEN
4 sudu besar Sos Tiram JALEN
1 sudu besar Kicap Masin JALEN
2 sudu besar Kicap Pekat JALEN
8-10 cendawan shiitake
3 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh gula
1 sudu besar minyak bijan
Yee Mee kering
Sayur bok choy
Telur

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#Jalen #menJalenkanKelazatan #majalahrasa #rasashare #sizzlingyeemee



Video Berkaitan