Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat 9 Cara Korang Boleh Simpan Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup.

9 Cara Korang Boleh Simpan Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup.

Susah nak kekalkan keranggupan ikan bilis goreng kalau nak disimpan lama? Anda jangan bimbang, boleh saja jika anda ikut sembilan tip yang senang untuk  mengekalkan keranggupan ikan bilis yang mudah ini.

Lepas dapat info ini  anda bolehlah goreng ikan bilis untuk stok seminggu tanpa hilang keranggupannya.

9 Cara Korang Boleh Simpan Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup.

Pilih Ikan Bilis Berkualiti Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.

9 Cara Korang Boleh Simpan Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup.

IKLAN

Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.

Keringkan Sepenuhnya: Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.

Guna Cuka : Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.

IKLAN

Guna Minyak Panas:  Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.

Goreng Guna Api Sederhana: Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.

9 Cara Korang Boleh Simpan Ikan Bilis Goreng Supaya Kekal Rangup.

IKLAN

Tos Minyak Sepenuhnya: Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.

Simpan Dalam Balang Kedap Udara: Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.

Goreng Secara Berperingkat: Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI