Anda mungkin dah rasa kesemua jenis 7 roti ini. Singgah aje di kedai bakeri atau di kompleks beli belah, roti berasal dari negara Eropah kini sudah menjadi senario biasa dinikmati oleh masyarakat kita. Sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan sandwic, 7 roti terkenal ini biasa menjadi menu sarapan, petang atau sebagai kudap-kudapan ketika menonton tv.

Apa lagi jika dijamu bersama kopi ‘latte’dan cappucino bangkit ‘feeling’ bagai berada di kafe tepian jalan di Eropah. Jom kita terokai 7 jenis roti terkenal yang menjadi menu ‘wajib’ yang biasa dijual di kedai bakeri dan kafe pastri.    

1. FRENCH [email protected] ROTI PERANCIS

foto: mobile-cuisine.com

Ini roti yang paling ‘legend’ dan paling terkenal. Bentuknya panjang, tekstur keras, bila dimakan sangat rapuh dan garing. French Bread sangat disukai oleh masyarakat Eropah dan Australia yang suka membuat sandwic untuk makanan tengahari. Rotinya cukup mengenyangkan lebih-lebih lagi bila diisi dengan sayuran, tuna,daging dan keju. French Bread berkualiti tinggi adalah yang ketika dibakar ia mudah retak atau pecah. Unik kan?

2. BAGUETTE (DI SEBUT BAGET)

foto: completefrance.com

Rupanya sama macam French Bread tetapi bersaiz lebih besar dan lebih panjang. Panjangnya sekitar 60 sm. Teksturnya punkeras. Permukaannya selalu dikelar seperti French Bread. Disebabkan rasanya tawar, biasa orang beli baguette untuk buat sandwic aje. Lebih sedap bila dikerat dan disapu mentega bawang putih untuk dijadikan Garlic Bread (Roti Bawang Putih). Macam adegan dalam wayang, selalu kita lihat roti panjang ini diletakkan dalam beg kertas bila keluar dari kafe.  

3. FOCCACIA

foto: epicurious.com

 

Roti berasal dari Itali ini bentuk lebar dan tebal, macam bantal. Empuk, agak padat dan sangat mengenyangkan kalau dijadikan sandwic. Setelah dibakar biasanya ditabur tepung atasnya. Campuran daun rosemary mengenakkan lagi rasanya dan memberi aroma yang boleh membuatkan kita terliur menghidunya.

4. RYE BREAD

foto: marthastewart.com

Roti ini bentuknya sama seperti French Bread, tetapi ia dibuat menggunakan tepung rye, seakan gandum. Warnanya coklat tua kerana kandungan rye. Memanglah ia roti sajian sihat dan berkhasiat. Namun ada yang kurang menyukainya, kerana keras dan kasar dan boleh terasa bijirinya bila dimakan.

5. MULTIGRAIN

foto: epicurious.com

 

Roti pelbagai bijirin menjadi kesukaan ramai sebab ia lembut dan penuh khasiat. Berbentuk segi empat seperti roti tawar biasa. Seperti juga Rye Bread, multigrain juga termasuk dalam jenis roti kaya serat.

6. BRIDGE ROLL

foto: thefreshloaf.com

Bridge roll ini juga dikenali sebagai ‘Soft Roll’. Panjang, padat dan lembut. Dibuat dari tepung gandum, berwarna putih dan rasanya tawar. Ia lebih kecil daripada roti Perancis atau Rye. Tetapi di Eropah dan Australia roti ini kurang dimakan oleh masyarakat di sana.

7. CROISSANT

foto: epicureandculture.com

Dalamnya seperti ada lapisan yang melingkar dan ‘flaky’. Croissant ni cukup terkenal di seluruh dunia menu ‘wajib’ ada dalam kafe dan kedai bakeri . Mentega yang berkualiti penting dalam ramuan ini untuk memastikan lapisan tu nampak berkelopak cantik. Ia sedap dibuat sandwic dan sesuai sebagai kudapan, dan sajian ringan. Ia lampung di dalam dan tak padat serta mudah retak kalau ditekan. Rangup dan penuh rasa mentega. Sekarang ini croissant juga ada dijual dalam bungkusan, cuma pastinya lebih enak jika dimakan panas-panas kata orang ‘fresh from the oven’. – FARIDAH TALIB