Dengan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan menyebabkan ramai yang mengalami demam dan selesema, termasuk anak-anak. Orang dewasa juga tidak terkecuali, jadi jika anak atau anda mula mengalami simptom demam dan selesema, boleh amalkan petua secara semulajadi ini hanya dengan menggunakan bahan masakan yang ada di dalam dapur anda. Diharapkan dengan cara ini, tanda-tanda selesema tidak melarat menjadi demam.
HALIA
Apa perlu dilakukan, anda hanya perlu mencampurkan halia dan limau di dalam air minuman suam atau sejuk. Ambil sekurang-kurangnya dua kali sehari. Amalkan sehingga demam dan selesema reda.
Ads
MADU
Madu asli mempunyai agen antibakteria dan antivirus yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria. Selain itu, madu juga berguna jika anda turut mengalami sakit tekak dan batuk-batuk.
BAWANG PUTIH
Bahan tambahan dalam masakan ini kaya dengan antibiotik semulajadi, ia membantu melawan penyakit. Ciri-ciri antivirus dalam bawang putih juga menghasilkan antioksidan. Untuk mendapat khasiatnya anda cubalah makan bawang putih ini metah-mentah.
KUN YIT
Kunyit memang terbukti mampu merawat jangkitan virus dan bakteria sejak turun temurun.Anda boleh menambah kunyit di dalam makanan sepajang mengalami selesema. Untuk lebih berkesan tambahkan kunyit dalam susu atau jus minuman.
Ads
JINTAN MANIS
Jika anda mengalami masalah batuk dan sesak nafas, pengambilan jintan manis sangat membantu kerana cirri-ciri antibakteria yang melegakan selesema dan batuk. Anda hanya perlu tambahkan jintan manis yang dikisar bersama bawang putih, gula dan kulit kayu manis dalam air panas, tapis dan minum airnya. Amalkan tiga kali sehari.
BUAH BERRI
Antioksida dalam buah beri sangat aktif berbanding buah-buahan segar lain. Mengandungi tahap antosianin, salah satu antioksidan yang sangat kuat dalam membantu meningkatkan imuniti tubuh melawan demam dan selesema.
Ads
SAYURAN HIJAU
Kandungan nutrien yang tinggi dalam sayur-sayuran hijau sebenarnya boleh memantu tubuh melawan demam dan selesema.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.
Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.
Pilih tembikai susu ikut 6 tip ini
Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;
1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang manis.
2. Pilih kulit tembikai yang berwarna kuning berbanding putih.
3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut ‘juicy’, banyak air.
4. Cuba goncang buah, jika dengar bunyi biji jatuh atau berlaga itu maknanya buah sudah cukup masak.
5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang sudah kering. Itu tanda buah masak ranum.
6. Paling senang, hidu. Kalau masak baunya memang manis berbanding buah yang muda atau belum masak
Cara simpan cili padi ini sesuai untuk yang selalu beli tapi akhirnya terbiar lembik dan busuk dalam peti ais.
Kaedah menyimpan cili padi perkongsian Mazeline Soning boleh memastikan cili ini tahan lama hingga bertahun-tahun. Ia akan kekal segar, pedas dan sedap bila digunakan.
Cara Simpan Cili Padi Supaya Tahan Bertahun
1. Cuci cili padi dengan air bersih, kemudian toskan sehingga kering.
2. Potong hujung tangkai cili untuk mudahkan ia menyerap bahan perapan.
3. Masukkan cili ke dalam bekas bersih, kemudian taburkan garam dan gula secukupnya.
4. Biarkan cili dalam keadaan suhu bilik selama 12–24 jam.
5. Selepas cukup tempoh, tuangkan cuka makan sehingga cili tenggelam sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.
6. Apabila nak guna, ambil cili saja secukupnya tanpa cuka. Rasa cili tetap pedas dan aromanya kekal segar walaupun dah lama disimpan.
INFO
Kaedah ini dipanggil fermentasi semula jadi, di mana gula, garam dan cuka bertindak sebagai bahan pengawet.
Cuka makan bukan sahaja mengekalkan kesegaran cili, tapi juga bertindak sebagai antibakteria yang menghalang kulat dan kerosakan.
Cili yang disimpan begini sesuai digunakan untuk semua jenis masakan sambal, tumis, sup atau sebagai penambah rasa dalam masakan bergoreng.
Pastikan bekas simpanan kering dan bersih supaya cili tidak cepat rosak.
Lebih baik simpan dalam bekas kaca kerana lebih tahan lama berbanding plastik.
Bila kita gunakan blender untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada. Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipi dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
CARA-CARA:
1. Ambil limau nipis. Potong kecil.
2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.
5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!