Jarang kita nak jumpa pisang goreng yang rangup dan tidak benyai bila dah sejuk. Yang peliknya, kalau emak buat elok saja. Apa rahsia emak kita tu agaknya ya?
Sebenarnya bancuhan tepung sadur yang betul menyumbang kepada hasil pisang goreng yang ‘memberangsangkan’. Sebab itulah, kita kena tahu cara yang betul untuk membuat tepung sadur itu.
RASA nak berkongsi beberapa petua yang diperoleh dari emak admin sendiri. Beginilah cara dia buat pisang goreng yang tak pernah tak habis kalau dia buat. Berebut-rebut makan!
CARA BUAT TEPUNG SADUR YANG OHSEM!
1. GUNA KAPUR MASAKAN
Ketika anda membancuh tepung sadur tu, campurkan 1 sudu besar kapur masakan dalam bancuhannya. Nisbah tepung:-
2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum
Ads
*Kemudian masukkan 1 sudu kecil garam dan serbuk kunyit. Masukkan air dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
2. CAMPURKAN MINYAK
Tambahkan sedikit minyak panas ke dalam bancuhan tepung sadur dan gaul rata. Kemudian bolehlah digunakan untuk sadur pisang dan digoreng.
3. GANTIKAN TEPUNG BERAS DENGAN TEPUNG PULUT
Ads
Biasanya kita gunakan tepung beras, tapi cuba gantikan dengan tepung pulut. Nisbah tepung:
3 cawan tepung beras dengan 2 cawan tepung pulut
*Kemudian campurkan dengan sebiji telur, sedikit garam dan serbuk kunyit.
4. TAMBAHKAN KELAPA PARUT
Ads
Campurkan sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung sadur anda. Bukan saja merangupkan, tapi kelapa parut akan menambah rasa lemak pada pisang goreng anda nanti.
5. LETAK SEDIKIT SODA BIKARBONAT
Letak sedikit soda bikarbonat dalam bancuhan tepung. Dengan cara ini, tepung sadur akan ‘mengembang’ dan menjadi rangup.
6. GUNAKAN MENTEGA
Boleh juga tambahkan lebih kurang 2 sudu besar mentega cair dalam bancuhan tepung sadur anda.
INFO: Campurkan sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung sadur anda. Bukan saja merangupkan, tapi kelapa parut akan menambah rasa lemak pada pisang goreng anda nanti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Halia merupakan herba tradisi yang sangat penting dan banyak digunakan dalam masakan rakyat Malaysia. Rasanya agak pedas namun aromanya cukup wangi bila dimasukkan ke dalam masakan. Kebanyakan hidangan yang mengandungi halia mempunyai rasa yang lebih enak malah ia juga membantu membuang bau hanyir untuk masakan ayam, ikan dan daging. Sebab tu lah mak-mak kita dulu memang banyak guna halia ni bila nak masak.
Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Di musim perayaan ni, bila perut terasa sebu dan sengkak, air rebusan halia adalah antara minuman yang boleh melegakan. Memang bagus dan berkesan! Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Nak tahu? Jom semak!
KHASIAT HALIA
1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL
2. BANTU PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS
3. BANTU KURANGKAN RASA SAKIT & KERADANGAN
4. MENGUBATI BATUK BERKAHAK
5. CEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA
6. MENGURANGKAN SAKIT PERUT
7. MENCEGAH BARAH USUS
8. MENGUATKAN DAYA TAHAN BADAN
MENU BOLEH MASAK MENGGUNAKAN HALIA
DAGING CINCANG GORENG HALIA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Daging cincang boleh beli yang telah siap dan ada dijual di pasar raya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Walaupun namanya tidak gah seperti chef selebriti yang lain, namun anak muda yang hanya mahu dipanggil Fendi Dapur Bujang ini sebenarnya begitu popular di kalangan mereka yang menonton di Youtube. Pengacara program masakan Dapur Bujang, Dapur Western dan Selera Bajet ini ternyata seorang anak muda yang cukup sederhana, humor, bersahaja dan sangat kreatif orangnya.
Kini Fendi mula sibuk menyediakan beberapa masakan untuk buku resipinya. Dalam kesibukan itu, Fendi sempat mencuri masa untuk berkongsi pengalaman sebagai tukang masak secara serius sehingga berjaya menjadi tukang masak. Kini layak digelar chef kerana beliau sudah menghasilkan banyak resipi sendiri hasil dari pengalamannya sebagai tukang masak.
“Saya hanyalah seorang tukang masak, bukan seorang chef. Jadi saya lebih selesa dipanggil Fendi sahaja. Cuma saya suka masak dan mencuba resipi-resipi baru. Lama kelamaan, melalui pengalaman, pemerhatian, penyelidikan, bacaan dan menoton program-progaram masakan dalam dan luar negara melalui Youtube, menjadikan saya yakin untuk menghasilkan resipi sendiri. Sekarang tak sangka memasak sudah menjadi kerjaya saya, “ ujar Fendi
Menceritakan pembabitan dalam dunia masakan secara serius, Fendi yang pernah menyertai Maharaja Lawak tidak menyangka dunia masakan telah membuka lembaran baru sebagai kerjaya yang menyeronokkan.
“Semuanya bermula, bila saya gagal menyertai Masterchef, kemudian ada seorang produser menawarkan saya untuk jadi hos sebuah program masakan dengan konsep bajet bawah RM10 untuk dua resipi. Tapi selepas berbincang dan kebetulan saya pulak bujang, jadi kami namakan program tersebut sebagai Dapur Bujang. Kalau tidak silap saya pada tahun 2013.
Fendi yang kini telah menghasilkan lebih dari 150 resipi di Youtube.
Bangga Bujang Ke Dapur
Sepanjang bergelar tukang masak secara aktif, sesuatu yang membangga dan menyentuh perasaannya, bila ada orang yang berjumpa dengannya mengatakannya mereka sudah cuba resipinya di Dapur Bujang dan ada juga yang terkejut anak bujangnya boleh memasak dengan dek kerana menoton Dapur Bujang.
“Saya seronok mendengar maklum balas positif sedemikian, sekurang-kurangnya selain boleh kongsi resipi dengan rakan-rakan bujang. Malah ada juga yang sudah rajin ke dapur memasak sendiri. Konsep bajet, bahan murah, senang dapat, mudah masak dan sedap hasilnya sangat sesuai dengan orang bujang sekarang yang semuanya nak mudah dan cepat.
Tanpa disangka Fendi yang mula belajar memasak seawal usia 10 tahun, apabila beliau tidak ada pilihan lain selain masak sendiri bila balik dari sekolah.
“Mak saya pesan, dalam peti ais ada macam-macam, ada ikan, udang, ayam, daging dan sayur, balik sekolah masak. Kalau mak masak nanti sejuk, tak sedap bila nak makan. Mahu tak mahu saya terpaksa masak untuk mengisi perut saya dan dua orang lagi adik.
“Setiap hari bila balik dari sekolah saya terpaksa mengadap peti ais, tengok apa yang ada di dalamnya. Kemudian ambil dan masak ikut cara sendiri, sedap atau tidak soal kedua. Kebanyakan menu saya adalah yang ringkas dan mudah dimasak. Kalau nak tunggu mak balik, memang lambat, “ cerita Fendi mengakui pengalaman itu adalah guru terbaiknya dalam bidang masakan.
Impian Dan Harapan
Selepas mengambil masa lebih dari tiga tahun mencipta nama dalam dunia masakan, kini Fendi yang berkebolehan sebagai pengacara majlis, hos program TV dan juga belakon. Kini mahu lebih fokus kepada bidang masakan.
Anak mudah yang petah bercakap ini juga kelihatannya cekap di dapur untuk menyediakan dua resipi yang sangat sempoi katanya. Sambil berseloroh, dia memberitahu dua resipi yang dikongsikan dengan RASA bukan hanya sesuai untuk si bujang tetapi juga seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN:
2 belah paha ayam | bersih dan toskan
1 sudu makan serbuk lada hitam
Sedikit garam
BAHAN SOS:
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 biji bawang besar | dihiris bulat
1 keping gula Melaka
1 biji limau nipis
1 sudu makan serbuk lada hitam
Garam jika perlu
Minyak masak | untuk menumis
1/2cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Perapkan selama 30 minit.
2.Sementara itu, panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar hingga layu.
3.Kemudian masukkan air, gula Melaka, kacau sehingga gula cair.
4.Seterusnya masukkan kicap manis dan masin. Biarkan sos mereneh seketika dan ketepikan.
5.Bakar ayam di atas pemanggang atau di dalam ketuhar hingga masak.
6.Setelah ayam masak, tuangkan sos kicap di atasnya.
7.Ayam Panggang Sos Kicap sedia dihidangkan,
INFO CHEF:
Resipi ini sesuai untuk ibu dalam pantang.
…..
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit bersama sedikit garam.
2.Sementara itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
3.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai hingga naik bau.
4.Seterusnya masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kacau dan masukkan sedikit air.
5.Akhir sekali, masukkan ayam, garam dan guka secukupnya, kacau rata. Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF:
Jika suka boleh masukkan hirisan kentang yang telah digoreng.
PENYELARAS: SHIDA YASIN
FOTO: MOHD SHAHIR OSMAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Amalan berpantang adalah satu proses untuk memulihkan tenaga selepas melahirkan bayi yang telah diamalkan sejak dahulu kala lagi. Bagi masyarakat Melayu, tempoh berpantang ini biasanya perlu dilalui selama 44 hari. Ada juga yang berpantang selama 100 hari.
Kepentingan berpantang, selain merehatkan badan selepas melalui proses kelahiran yang menyakitkan, ia juga bertujuan untuk membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal, memulihkan rahim, menyembuhkan luka dan sebagainya. Oleh itu penjagaan dari sudut pemakanan amatlah penting dan perlu dititikberatkan. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dan tidak boleh diambil di sepanjang tempoh ini. Ini kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan kepada kesihatan si ibu.
Bagi yang bakal melahirkan bayi dan menjalani tempoh berpantang, makanan-makanan ini harus anda elak. Bukan untuk selamanya pun. Hanya tempoh seketika sahaja. Kerana makanan-makanan ini bersifat ‘sejuk’ serta boleh menyebabkan anda bentan dan bisa-bisa pada badan. Antara yang perlu dielakkan ialah:
1. MAKANAN BERBISA
Perlu dielakkan kerana ia bersifat ‘bisa’. Jika diambil dikhuatiri ia akan melambatkan proses penyembuhan luka serta boleh mengakibatkan pendarahan. Malah ia juga boleh menyebabkan bentan.
Antara contoh makanan berbisa:
2. SAYURAN & BUAH SEJUK
Makanan bersifat sejuk perlu dielakkan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan ibu yang sedang berpantang. Pengambilannya akan mengakibatkan kembung perut, kejang otot, sakit urat dan sakit-sakit badan. Bukan sahaja pada ibu malah ia juga boleh memberi kesan kepada bayi.
Antara sayur perlu elak:
Antara buah-buahan perlu elak:
Nota: Perkongsian ini adalah berdasarkan panduan amalan dan pantang larang orang-orang tua secara tradisional. Sebarang maklumat secara lebih lanjut perlulah dirujuk kepada pakar-pakar perubatan atau pihak-pihak yang bertauliah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.