Terasa nak hidang menu special ala barat untuk tetamu yang datang beraya? Kalau nak kelainan, seleksi aneka Quiche dan Pai ni boleh anda hasilkan. Jika beli atau tempah, harga pastinya tidak murah. Jadi apa kata anda buat sendiri. Pasti puas hati dan lebih jimat.  Selamat mencuba!

 

1. CHICKEN POT PIE

6 Resipi Quiche & Pai Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya

BAHAN PASTRI:

  • 1 tin sup cendawan
  • 1 cawan susu segar
  • 2 cawan sayur campur
  • 400gm isi ayam
  • 1 biji bawang besar | dipotong dadu
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Pastry segera secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang sampai layu. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati. Masukkan  pula sayur campur kemudian perasakan dengan sedikit garam.
  2. Masukkan sup cendawan dan susu segar masak sehingga sedikit pekat.
  3. Ketepikan.
  4. Masukkan isi yang telah di masak tadi ke dalam bekas remekin.
  5. Tutupkan dengan puff pastri tadi mengikut saiz remekin. Sapukan kuning telur di permukaan pai.
  6. Bakar  dengan suhu 200C selama  15 minit.
  7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Bakar pastri sekadar untuk merangupkan pastri segera sahaja.

 

2. CHICKEN MUSHROOM QUICHE

6 Resipi Quiche & Pai Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya

BAHAN UNTUK PASTRI:

  • 200gm tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit mixed herbs
  • 110gm mentega  sejuk -kiubkan
  • 1 kuning telur
  • ¼ sudu makan jus lemon
  • 20ml air sejuk | dimasuk berselang seli
  • 1 sudu teh gula halus

BAHAN UNTUK INTI:

  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 50gm lada benggala pelbagai warna di potong dadu
  • 1 batang seleri
  • 20gm cendawan butang hiris nipis
  • Bawang besar
  • 200 isi ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit mixed herbs

BAHAN UNTUK CREAM:

IKLAN
  • 250gm whipped cream
  • Sedikit lada hitam
  • 4 biji telur

CARA MEMASAK :

  1. Untuk menyediakan pastri, campurkan tepung gandum, garam dan mixed herbs.
  2. Seterusnya campurkan bahan selebihnya dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung tadi.
  3. Kemudian uli sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
  4. Selepas itu, terapkan dalam pie mould yang boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garpu dan bakar selama 15 minit-20 minit secara blind bake atau separuh masak.
  5. Untuk menyediakan filling.Tumiskan bawang putih, diikuti isi ayang yang telah dicincang , goreng sekejap.
  6. Masukkan kesemua campuran sayuran.
  7. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.
  8. Bagi menyediakan krim pula, campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
  9. Selepas doh dibakar separuh masak selama 20 minit, masukkan filling.
  10. Akhir sekali masukkan krim.
  11. Taburkan keju cheddar yang diparut dan bakar selama 35 minit pada suhu 170°C.
  12. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Quiche adalah sejenis pastri seperti tart yang dimasukkan dengan isi yang dimasak terlebih dahulu.

 

3. TUNA POTATO FLAN

6 Resipi Quiche & Pai Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya

BAHAN PASTRI:

  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 115gm mentega sejuk | dipotong dadu
  • Air sejuk secukupnya

BAHAN INTI:

  • 1 sudu makan mentega untuk menumis
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 tin tuna
  • 100gm lada benggala dipotong dadu
  • 2 biji telur
  • ½ cawan krim masakan
  • ½ sudu teh jus lemon
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali butter dan air. Gaul rata.
  2. Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
  4. Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai
  5. Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
  7. Blind bakepastri keemasan (letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri dah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
  8. Untuk menyediakan inti,
  9. Panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
  10. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.
  11. Masukkan tuna dan perahkan lemon masak dan ketepikan.
  12. Masukkan inti dalam pastri yang dah kuning keemasan.
  13. Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
  14. Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C atau cucuk lidi  pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya  sudah masak.
  15. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF : Adunan ini sesuai untuk pastri bersaiz besar.

IKLAN

 

4. QUICHE TOMYAM UDANG

6 Resipi Quiche & Pai Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya

BAHAN PASTRI:

  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk kari
  • 115gm mentega sejuk | potong dadu
  • Air sejuk secukupnya

BAHAN INTI:

  • 1 sudu makan mentega untuk menumis
  • 1 biji bawang Holland
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh perencah tomyam
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 200gm isi udang
  • 2 tangkai daun sup | hiris
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat pastri, satukan semua bahan pastri kecuali mentega dan air. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tidak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
  4. Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai.
  5. Kemaskan keliling acuan pai, lebihan doh dipotong dengan pisau. Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
  6. Blind bake pastri keemasan (blind bake – letakkan kertas timah pada permukaan doh dan taburkan kacang merah atau beras supaya berat. Apabila pastri sudah keemasan, keluarkan kertas timah dan kekacang).
  7. Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
  8. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan kacau rata.
  9. Masukkan isi udang.
  10. Masukkan inti dalam pastri yang sudah kuning keemasan
  11. Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti pastri tadi.
  12. Bakar pastri selama 30 minit pada suhu 170C. Cucuk dengan lidi  pada adunan telur, jik tidak melekat, bermakna ia sudah masak.
  13. Sedia dihidangkan

INFO CHEF: Jika suka pedas, boleh lebihkan sedikit serbuk kari dalam bahan.

 

IKLAN

5. MINI SHEPHERD PIE

6 Resipi Quiche & Pai Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya

BAHAN A (UNTUK INTI):

  • 400 gram daging kisar
  • ½ biji bawang besar | potong dadu
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • ¾  cawan kacang panggang
  • 6 biji cendawan butang |belah empat
  • 5 biji tomato masak | potong dadu atau boleh digantikan dengan sedikit puri tomato
  • 1 batang lobak merah | potong dadu
  • 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1 cawan air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

BAHAN B (UNTUK TOPPING):

  • 1 kg kentang | potong kecil-kecil
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Sediakan bahan untuk membuat topping pula.
  7. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
  8. Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.
  9. Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
  10. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecil
  11. Seterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Atau masukkan dalam piping bag dan guna swirl nozzle yang besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging.
  12. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu . Bakar selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.
  13. Keluarkan dari ketuhar  dan hidangkan ketika masih suam.

INFO CHEF : Boleh dimasak di dalam remekin atau di dalam bekas foil comel.

 

6. BABY SPINACH AND SALMON QUICHE

6 Resipi Quiche & Pai Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping short crust pastry
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 60gm mentega| dicairkan
  • 285gm kepingan ikan salmon
  • 50gm baby spinach
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan keju

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur, masukkan susu, tepung, baking powder ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan mentega, kepingan ikan salmon, baby spinachdan keju ke dalam bancuhan telur tadi.
  3. Tuangkan ke dalam acuan short crust pastry dan bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit.

INFO CHEF: Bahan inti boleh juga dimasukkan hirisan cendawan butang yang telah ditumis bersama minyak zaitun sehingga layu untuk rasa yang padat.   

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI