6 Resipi Kuih Untuk Minum Petang Yang Mudah & Sedap

Share

Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? RASA kongsikan beberapa resipi kuih yang mudah, sedap dan membuka selera yang boleh dicuba untuk seisi keluarga. Bukan saja enak, resipi-resipi ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom lihat senarai juadah minum petang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Selamat mencuba.

1. CUCUR KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tepung naik sendiri – beli online disini
  • 150ml air
  • 100gm isi ketam | dihancurkan
  • 3 tangkai kucai | dipotong kecil
  • 1 biji cili merah | dicincang halus
  • 1 biji bawang besar | dimayang halus – beli online disini
  • 1 biji telur
  • 5gm soda bikarbonat – beli online disini
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
  2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.

 

2. JEMPUT-JEMPUT KENTANG & SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 420gm tepung gandum – beli online disini
  • 250ml air
  • 125ml susu
  • 8 ekor sotong | dihiris halus
  • 2 biji ubi kentang | disagat – beli online disini
  • 5gm garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.

 

3. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM

BAHAN-BAHAN A:

BAHAN-BAHAN B:

  • 2 biji ubi keledek | dibersihkan dan dadu kecil
  • 125gm isi ayam rebus
  • 60gm rempah kari – beli online disini
  • 1 labu bawang besar | dicincang halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
  2. Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
  3. Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
  4. Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
  5. Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.

Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.

 

4. PULUT PANGGANG SERUNDING

BAHAN-BAHAN A:

  • 300gm pulut
  • 250ml santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang /daun nyirik secukupnya

BAHAN-BAHAN  UNTUK SERUNDING:

  • 200gm udang segar | bersihkan dan cincang kasar
  • 50gm udang kering | ditumbuk lumat – beli online disini
  • 1 biji kelapa parut | diambil putihnya sahaja
  • 2 batang serai | dimayang halus – beli online disini
  • 4 biji cili merah | tumbuk lumat
  • 5 biji bawang merah | tumbuk lumat
  • 4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
  2. Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
  3. Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
  4. Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
  5. Isikan inti dan kemaskan balutan.  Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.

Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik.

 

5. PULUT TANAK SAMBAL BILIS

BAHAN-BAHAN A:

BAHAN-BAHAN B:

  • 100gm ikan bilis | goreng garing – beli online disini
  • 10 biji cili padi | dikisar – beli online disini
  • 2 biji cili hijau | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 labu bawang besar | dipotong bulat
  • 5ml air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan A di dalam periuk.  Tanak sehingga pulut masak.
  2. Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
  4. Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
  5. Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.

Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.

 

6. POPIAH GORENG BERINTI SAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping kulit popia – beli online disini
  • 6 ekor udang | dicincang
  • 250gm hirisan kubis panjang
  • 1 batang lobak merah | diparut – beli online disini
  • 125gm sengkuang | potong memanjang kecil
  • 5 biji bawang kecil | tumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih | tumbuk halus – beli online disini
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
  2. Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
  3. Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN