Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
.
1. Pilih Yang Segar Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
.
Ads
2. Simpan Di Tempat Kering Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
.
Ads
3. Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
.
Ads
4. Sentiasa Pantau Kesegaran Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
.
5. Jangan Simpan Kentang Dengan Buah Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
6. Freezer Jadi Penyelesaian Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Macam mana tu rebus kerang tanpa air? Selalunya bila kita hendak masak kerang, kita akan rebus guna air bukan? Sebenarnya kita boleh sahaja dan hasilnya isi kerang lebih lembut, tak liat dan tidak berair.
Tidak perlu guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Cara hendak rebus kerang pun senang sahaja. Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara merebus kerang tanpa menggunakan air. Selamat mencuba!
1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.
2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3. Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.
4. Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.
5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
7. Kerang rebus ini sedap dimakan bersama mi kari dan selebihnya makan colek.
Usia periuk dah 22 tahun, digunakan untuk memasak saban hari di rumah tapi periuk tahap legend yang kebiasaannya hitam ini masih elok bersih berkilat.
Supaya periuk kita pun kekal bersih begini, Zainun Mamat berkongsi tip yang digunakan sejak dulu. Cara beliau memang mudah dan murah, cuma cuci dengan lebihan sabun mandi.
Tip periuk guna 22 tahun masih bersih berkilat
Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi. Setiap hari kita masak dan selepas memasak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya.
Cara saya, cuma gunakan sabut besi untuk cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun mandi yang dah kecil jangan dibuang ya.
Langkah mencuci
1. Rendam sabut besi dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit biar jadi berbuih.
2. Kemudian bolehlah sental periuk. Bilas dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3. Sabut besi ini juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Gaulkan Dengan Perencah
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Tambah Mingak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.