Jika resipi dalam gram, agak sukar untuk menimbangnya lebih-lebih lagi jika anda tak ada penimbang di rumah. Usah risan kerana carta ini boleh selesaikan masalah anda.
Dah masuk hujung minggu dan hujung tahun, mesti ramai yang bercuti di Cameron Highland. Bila ke sini buah strawberi memang jadi buah tangan wajib dibeli.
Ramai yang membeli dalam jumlah yang banyak, alang-alang dah sampai kan. Tapi masalahnya bila dah beli banyak cara simpan kena betul supaya tak busuk dan benyek bila lama dalam peti sejuk.
Bagi memastikan buah strawberi ini kekal segar dan tahan lama hingga dua minggu boleh guna tip yang dikongsi oleh Rahayu Rosli. Tip sesuai sangat untuk yang baru balik Cameron Highland dan homebaker yang menggunakan banyak buah ini.
Mesti ada yang penggemar strawberi atau bakers-bakers yang selalu guna strawberi. Hari ini sis nak share cara simpan buah strawberi supaya tahan lama, tak berkulat dan berair. Insya-Allah boleh tahan satu minggu hingga dua minggu (bergantung pada kesegaran buahnya).
Tip untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya. Kalau daun masih hijau, tiada kuning atau hitam, insya-Allah buah masih segar. Caranya;
1. Kita perlukan buah strawberi tisu ( tisu yang tebal ya, nak guna tisu dapur pun boleh supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik ).
2. Bekas untuk simpan. Saya guna bekas letak kek saja. Pastikan bekas itu dibuat lubang supaya udara dapat keluar masuk. Nanti air tak bertakung dalam bekas. Saya tebuk bekas guna pemutar skru.
3. Basuh tangan dulu kemudian ambil buah, letak atas tisu. Seterusnya balut buah strawberi satu persatu hingga menutup semua bahagian.
4. Bila dah semua buah strawberi selesai dibalut, susun dalam bekas tadi. Pastikan bekas tak terbuka.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk bahagian bawah.
Mungkin ramai yang masih tertanya apakah ciri pisau terbaik yang diketahui bagi memudahkan kerja di dapur. Pisau menjadi alat yang sangat penting di dapur kerana aktiviti memasak menuntut banyak penggunaan alat ini. Dari aspek memotong sayur-sayuran, daging sehinggalah menyiang ikan dan buah-buahan, pisau adalah jawapannya. Pemilihan pisau harus tepat bagi memastikan kerja dapur berjalan lancar. Dalam masa yang sama ia selamat digunakan. Peka dengan ciri-ciri tertentu membolehkan anda memilih pisau terbaik untuk dapur.
Ini boleh menjadi rujukan anda;
Bilah pisau
Katakan tidak pada stainlesssteel. Meskipun permukaannya kelihatan bersinar, namun ia mudah menjadi tumpul. Ia menyukarkan kerja anda pastinya. Pilih mata pisau yang tinggi karbon. Mata pisau karbon tinggi (highcarbon) ini mudah berkarat, namun memiliki ciri dan prestasi lebih baik dari material stainlesssteel.
Anda harus mengelap pisau ini sebaik membersihkan. Jangan biarkan ia terendam dalam singki atau tempat mencuci pinggan. Ambil sedikit masa untuk mengasah pisau jenis ini dan anda pasti berpuas hati dengan hasil pemotongan daging atau sayuran nanti.
Rekaan
Pisau terbaik harus memiliki rekaan ringkas yang mewakili bilah pisau dan pemegang. Rekaan sebegini lebih selamat kerana tidak berisiko untuk tercabut, menjadi longgar dan sebagainya. Pastikan pisau yang pilih itu memiliki sambungan yang kukuh antara bilah pisau dan pemegangnya.
Pemegang pisau
Terdapat pelbagai jenis rekaan dan jenis material pemegang pisau. Ia lazimnya dipilih berdasarkan minat mahupun gaya tertentu yang menarik perhatian. Antara jenis pemegang yang menjadi pilihan adalah material plastik anti bakteria, sintetik sleek, material kayu, silikon dan sebagainya. Walau apa pun rekaan dan material pisau, yang penting anda berasa selesa ketika memegang pisau tersebut.
Saiz
Pelbagai saiz berbeza pada pisau menjadi kelebihan kepada pengguna. Ini kerana anda boleh melakukan potongan berbeza pada bahan berlainan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Sekiranya anda inginkan sebilah pisau yang versatil, pilihan saiz antara lapan inci hingga 10 inci merupakan pilihan terbaik.
Apa perlu anda tahu tentang pisau:
1.Pisau yang bagus haruslah selesa dipegang dan melakukan hirisan yang lancar.
2.Tidak mudah tergelincir dari tangan ketika kerja memotong dilakukan.
3 Bilah pisau yang berkualiti tinggi dari jenishighcarbon dan bukannya stainlesssteel.
4.Jangan merendam pisau dalam pencuci pinggan.
5.Simpan pisau di dalam storan khas seperti blok pisau, pemegang magnetik dan sebagainya.
6.Elakkan pisau berada di merata-rata tempat tanpa simpanan yang baik kerana boleh mencederakan ahli keluarga.
Kredit gambar: 123royalty free
INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.
Sakit gigi ! Huh boleh huru hara hidup dibuatnya, semuanya serba tak kena dan sakit memang tak tertahan. Sebelum jumpa doktor gigi apa kata anda cuba redakan sakit gigi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Tak cuba tak tahu, jadi anda yang selalu sakit gigi boleh manfaatkan bahan yang ada di dapur dan tidak perlu keluar rumah.
GARAM:
Garam adalah bahan wajib ada dalam dapur dan diakui mampu meredakan sakit gigi terutama gigi berlubang. Cara mudah menggunakannya, larutkan garam dalam air suam kemudian kumur-kumur, tidak lama selepas itu, rasa sakit akan berkurangan. Logiknya kerana kandungan antioksidan dalam garam mampu mengurangkan bengkak serta melawan bakteria dan virus punca sakit gigi.
LIMAU NIPIS:
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam limau nipis baik meredakan sakit serta radang pada gigi dan gusi. Cara menggunakan, anda hanya perahkan jus limau nipis kemudian sapukan jus tersebut pada gigi yang sakit menggunakan kapas bersih.
BAWANG PUTIH:
Bawang putih adalah bahan semulajadi yang kaya dengan manfaat kesihatan. Salah satu daripadanya boleh meredakan sakit gigi. Bawang putih mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh bakteria penyebab sakit gigi. Cara menggunakan, anda hanya perlu kisar halus bawang putih, kemudian sapukan di bahagian gigi atau gusi yang sakit dan biarkan 10 minit.
CENGKEH:
Kandungan anti-inflamasi, anestesi, anti bakteria dan antioksidan dalam cengkih mampu mengurangkan rasa sakit gigi kerana semua zat ini boleh membunuh bakteria penyebab sakit gigi. Cara menggunakan, anda hanya perlu kisar bunga cengkih kemudian lumurkan pada gigi yang sakit.
Apapun rawatan terbaik adalah dengan menjalani pemeriksaan gigi secara rutin dengan doktor gigi dan sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan gigi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kempen KEWPIE Dari Dapur Ke Hati memudahkan penyediaan juadah Raya dengan sos creamy dan versatil. Cipta hidangan lebih sedap, praktikal dan penuh kasih untuk keluarga.