Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat 5 Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna & Tak Berdarah Bila...

5 Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna & Tak Berdarah Bila Diangkat.

 Pernah atau tidak, ketika anda menggoreng ayam ia tidak masak? Atau ketika anda makan di kedai, ayam goreng yang anda pilih masih ‘berdarah’ dan kurang masak? Ada masanya memang akan terjadi kejadian ayam goreng kurang masak. Ayam mentah tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Hari ini, RASA ingin berkongsi panduan menggoreng ayam yang boleh anda jadikan panduan.

 

CARA MENGGORENG AYAM YANG SEMPURNA

5 Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna &  Tak Berdarah Bila Diangkat.
foto: olgasflavorfactory.com

 

1. PERHATIKAN SAIZ AYAM

Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng. Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng.

IKLAN

 

2. MASAK DENGAN API SEDERHANA

Ketika panaskan minyak, anda boleh gunakan api besar. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.

5 Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna &  Tak Berdarah Bila Diangkat.
foto: lifehackers.com

 

IKLAN

3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK

Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.

5 Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna &  Tak Berdarah Bila Diangkat.
foto: boomerbrief.com

4. CUCUK DENGAN GARFU

IKLAN

Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.

5. BIARKAN SEKETIKA

Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku, pastikan anda membiarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.

 

Diharapkan kelima-lima tip ringkas ini dapat membantu anda untuk menghasilkan ayam goreng yang masak sepenuhnya. Selamat mencuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI