5 Resipi Muruku Asli Yang Sedap & Rangup! Sesuai Untuk Kudapan Raya.

Share

Bila tibanya hari raya, selain dari aneka biskut dan snek tradisional, muruku juga antara kudapan yang digemari dan biasa dihidangkan buat tetamu. Tak semestinya untuk Deepavali sahaja tau. Maklumlah, Malaysia kan rakyatnya berbilang kaum. Jadi muruku ni bukan asing lagi bagi kita semua. Bagi anda yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah disediakan serta rangup, boleh cuba aneka resipi muruku asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram. Best!

 

1. MURUKU REBEN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan  tepung  beras
  • 1 cawan tepung kacang kuda
  • 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
  • ¼ sudu teh  asafoetida
  • 1 sudu teh mentega
  • 110ml     air
  • Sedikit garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
  5. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

2. MURUKU BAWANG PUTIH 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung kacang kuda
  • 5 tangkai cili kering
  • 10 ulas    bawang putih (dikupas)
  • 1/8 sudu kecil  garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 50ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
  2. Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

 

3. BUTTER MURUKU 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan  Tepung Beras
  • 1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
  • 1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 1 cubit    Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

 

4. MURUKU JINTAN MANIS 

BAHAN-BAHAN:

  • ¾ cawan    Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
  • 2 cawan Tepung Beras
  • ½  cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
  • 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 300ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
  2. Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

 

5. OMAPODI 

BAHAN-BAHAN:    

  • ¼  cawan tepung beras
  • 1 cawan    Tepung Kacang Kuda
  • ¼ sudu kecil Asafoetida
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil mentega
  • 100ml air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
  5. Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.

 

Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’. Boleh didapati di kedai-kedai menjual rempah India.

IKLAN