Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan.
Bila dah minat sangat makan ketam ni, tahukah anda beza antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan, ketam bunga yang selalu kita beli di pasar tu ada dua warna. Satu yang bersepit biru, dan satu lagi berwarna ala coklat kehijauan.
Kalau nak tahu, ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.
Ads
Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. Jadi, panduan di bawah ini boleh anda jadikan pedoman dikala membeli si sepit biru ni di pasar.
PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR:
1. Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
2. Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
3. Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
4. Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tanga. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
Ads
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!
Ramai orang tak makan Salmon kerana tidak tahu bagaimana nak masak ikan yang kaya dengan Omega-3. Tetapi, disebabkan harganya mahal ramai orang mengabaikan dan tidak memasak salmon, ini sangat rugi kerana kandungan Omega -3 nya baik untuk tubuh. Malahan menu salmon sesuai untuk anda yang mengamalkan diet sihat, lagipun kena cara masak salmon sangat sedap.
Anda yang ingin mencuba salmon, ini ada tip boleh bantu anda memilih salmon sebelum membelinya dan cara memasaknya sekali agar ia sedap dan anda mendapat manfaat Omega-3 nya.
Pilih Salom segar jika ingin terus memasaknya.
Jika ingin terus memasak, anda boleh terus beli salmon segar. Sampai rumah terus perapkan dengan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa untuk dimasak.
Masak salmon jangan lebih dari 6-8 minit.
Apapun cara anda memasak salmon, sebaiknya jangan lebih dari 6-8 minit, ia bertujuan untuk mengekalkan kandungan zat dan memberikan rasa yang lazat. Jika dipanggang, sebaiknya selepas tiga minit segera terbaikkan. Jika dimasak dengan kuah, masukkan salmon selepas kuah mengelegak.
Sediakan salmon dengan rempah ratus sebagai penambah rasa.
Jangan makan salmon begitu sahaja seperti panggang tanpa garam atau kukus begitu sahaja. Sebaiknya anda tambah perisa dengan campuran rembah ratus, herbs dan sos. Atau boleh juga ia dijadikan campuran dalam salad mahupun dijadikan inti untuk sandwich atau pasta.
Frozenkan Salmon jika tidak segara digunakan.
Apabila anda membeli salmon dan tidak bercadang untuk menggunakannya terus, sebaiknya simpan salmon di dalam freezer dan letakkan di dalam peti sejuk biasa bila ingin memasaknya. Ia bertujuan untuk mengekalkan kesegaran ikan salmon.
Beras adalah makanan ruji kita yang memang akan sentiasa ada di rumah. Tak boleh putus stok. Tapi kita tak dapat menjangka kedatangan bencana alam yang boleh menyebabkan bekalan beras terputus.
Oleh itu sedikit sebanyak kita perlu menyimpannya untuk kegunaan waktu kecemasan ini. Sekampit pun tak mengapa asalkan ada. Tapi nak menyimpan beras sebagai bekalan ketika kecemasan ini ada caranya kerana ia akan disimpan dalam tempoh yang lama.
Agar beras kekal elok boleh ikut tip yang dikongsi oleh Fadzielah Ayub. Cara beliau adalah dengan menyimpan beras dalam plastik vakum.
Cara simpan beras untuk kecemasan
Ini cara saya untuk simpan beras supaya tahan lebih lama. Saya simpan dalam plastik vakum ni supaya beras tahan lama dan tidak rosak. Nak masak, baru buka.
Bila krisis beras tengah melanda, tak salah kalau kita nak beli beras lebih dan simpan untuk keperluan masa hadapan. Tapi pastikan cara simpanan tu betul supaya tak rosak dimakan bubuk/kutu beras. Bila beras rosak, sayang pulak terbazir kan?
Tip simpan beras
1. Sebaiknya untuk simpan beras, ambil beras yang baru dibeli untuk mengelakkan kehadiran bubuk. Pastikan juga beras dalam keadaan benar-benar kering kerana lembapan akan menyebabkan beras rosak.
2. Sediakan plastik kedap udara dan sebaiknya bersama sealer atau alat vakum. Boleh guna yang ini juga, lebih senang.
3. Masukkan beras dalam plastik dan vakum atau keluarkan udaran kemudian seal. Kuantiti boleh buat 1-2 kg untuk satu pek bergantung kepada saiz plastik.
4. Selepas dibungkus simpan beras ini di tempat yang kering dan stabil suhunya, elak simpan ditempat yang lembap.
5. Jangan letak beras yang dipek ini di tempat terkena cahaya matahari secara terus. Seeloknya simpan di tempat gelap seperti dalam kabinet.
6. Jika sebelum ini ada menyimpan beras sebegini, gunakan yang lama sebelum membuat pek beras yang baru supaya tidak disimpan terlalu lama.
Aduhai nikmatnya makan durian, kena pulak dengan rasanya yang lemak manis bergas. Arhhh memang terbaik hingga soal baunya dah ta kisah. Tapi bagi yang tak suka, tercium baunya saja dah pening kepala dan nak termuntah dibuatnya
Susahnya kalau dalam rumah hanya korang je yang suka atau ada dua tiga orang suka yang lain tak suka, masalah jadinya sebab bau duriannya sangat degil untuk dihilangkan. Tapi jangan risau ini ada tip macam mana korang nak hilangkaan bau mulut dan tangan selepas makan durian dengan mudah.
Caranya, semasa beli durian, jangan kupas kulitnya jika belum sedia memakannya, kedua gunakan pangsa durian untuk mencuci tangan, cucilah tangan dengan mengosok-gosokkan jejari di pangsa durian (bahagian dalam kulit durian berwarna putih).
Jika masih ada bau lagi, ambil sedikit beras, kemudian kunyah-kunyaha sekurang-kurangnya seminit atau hingga bau durian hilang atau berkurangan. Mengunyah beras ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan bau mulut kerana makan jering.
Selain itu, korang boleh berkumur-kumur menggunakan air garam kerana air garam mempunyai kandungan sodium yang bertindak sebagai anti bakterian dan sterilisasi. Oleh itu, bukan hanya bau durian hilang tapi ia membantu mengulangkan rasa panas dalam badan akibat makan durian banyak, kerana air putih membantu proses metabolisme dlam tubuh. Pun begitu minum air putih juga boleh menutrialisasi suhu panas tubuh
Kalau semua cara ini tidak boleh dilakukan, cara paling senang untuk menghilangkan bau durian yang melekat pada mulut adalah dengan minum air putih lebih banyak kerana , ia mampu menutrealisasikan suhu panas yang disebabkan oleh durian.