Lauk pauk dalam tin seperti sardin, ayam, sotong, corned beef jangan beli lepas tu simpan dalam cabinet je ye…. Sebenarnya boleh je olah jadi menu yang sedap yang  boleh menghabiskan nasi dua tiga pinggan.   Ikan sardin misalnya boleh masak macam-macam dengan cara mudah, tak sampai 15  minit pun. Kalau tak percaya, nah ini ada lima olahan semula makanan dalam tin yang admin dah cuba,  Sedap  tak ingat tau!

Siapa  yang dah cuba atau ada idea jom share….

5 Menu Makanan Dalam Tin Olah Semula Yang Sedap, Kena Try Ni!

IKAN SARDIN MAKERAL ASAM PEDAS  

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 kuntum bunga kantan | belah dua
  • 3 pucuk daun kesum
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin.
  4. Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum .
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Biarkan mereneh seketika sehingga  timbul minyak. Tutup api,
  7. Sedia dihidangkan.

5 Menu Makanan Dalam Tin Olah Semula Yang Sedap, Kena Try Ni!

SAMBAL SOTONG TIN & PERIA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sotong dalam tin | toskan airnya
  • 2 biji peria katak  | buang biji & hiris nipis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Sotong yang telah ditoskan airnya, dilalukan di bawah air paip mengalir kemudian toskan semula.
  2. Hirisan peria, digaul bersama garam dan kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
  3. Panaskan minyak, goreng peria  separuh masak, angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan sotong dan kacau rata. Diikuti dengan semua bahan sos dan air asam Jawa.
  6. Kacau sebati masukkan pula peria.
  7. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup masak dan timbul minyak. Tutup api.
  9. Sedia dihidangkan.

5 Menu Makanan Dalam Tin Olah Semula Yang Sedap, Kena Try Ni!

AYAM TIN MASAK THAI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 tin sup ayam dalam tin
  • 2 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut | carik-carik
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji limau kasturi | ambil jus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi.
  2. Masukkan sos cili, tomato, tiram dan air limau nipis kacau seketika.
  3. Seterusnya masukkan ayam, kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang Holland dan daun limau purut.
  6. Kecilkan api, kacau perlahan untuk elakkan ayam dalam tin lembut isinya.
  7. Setelah masak, tutup api. Ayam Masak Thai sedia dihidangkan.

5 Menu Makanan Dalam Tin Olah Semula Yang Sedap, Kena Try Ni!

TUMIS CORNED BEEF TELUR DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm cornbeef
  • 1 biji telur
  • 2 pokok daun bawang | hiris panjang
  • 1/2 biji cili Benggala | potong dadu
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 4 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan cornbeef, kacau rata hingga daging bertukar warna.
  3. Seterusnya masukkan sos tiram dan sos tomato.
  4. Tolakkan ketepi kuali tumisan daging, kemudian pecahkan telur di dalam kuali yang sama.
  5. Kacau rata sehingga menjadi telur hancur, kemudian gaul rata bersama tumisan daging tadi.
  6. Masukkaan hirisan cili Benggala, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata hingga daun bawang layu.
  8. Sedia dihidangkan.

5 Menu Makanan Dalam Tin Olah Semula Yang Sedap, Kena Try Ni!

GORENG CORNED BEEF KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm cornbeef
  • 6 batang kacang panjang | potong 3-4cm
  • 4 biji tomato ceri | belah empat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam  secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cornbeef, kacau rata hingga daging bertukar warna,
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap.
  4. Kacau rata dan masukkan kacang panjang, kacau lagi.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Setelah masak, tutup api dan masukkan hirisan tomato ceri.
  7. Sedia dihidangkan panas-panas.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI