Uncategorized

5 Menu Lauk Pauk Ringkas Yang Sedap & Sihat, No.1 Memang Terbaik.

Share

Tekak mual dengan makanan berminyak, sementelah lagi lepas raya ni ramai yang batuk-batuk menu berminyak memang kena tolak tepi dulu. Tapi korang masih boleh makan sedap dengan lima menu yang ringkas ini, sedap sesangat. Tak percaya kena cuba.

SUP KEPALA IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
  • 1biji  bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 3cm  halia | hiris halus
  • 1 batang serai | titik
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 1/2 sudu teh jus limau nipis
  • Sedikit hirisan daun sup dan bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
  3. BIla kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
  4. Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
  5. Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
  6. Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.

SIAKAP KUKUS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1ekor ikan siakap | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 2 tangkai cili merah | cincang halus
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
  2. Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
  3. Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  4. Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
  5. Kukus semula dalam lima minit.
  6. Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
  7. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.

SALMON PANGGANG BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:

Untuk Salmon Panggang:

  • 2 keping salmon
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang putih | cincang halus
  • Sedikit minyak zaitun

Sayuran:

  • Sedikit hirisan brokoli
  • Sedikit grisan lobak merah
  • Sedikit hirisan cendawan shitake
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit garam dan serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
  2. Panaskan ketuhar dan panggan salon dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
  3. Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan brokolo, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  6. Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang orang jika suka.

SUP TULANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
  • 4 cawan air rebusan tulang
  • 2 batang seleri | potong serong
  • 1 batang lobak merah | potong baji
  • 3cm halia | titik
  • 2cm lengkuas | titik
  • 2 batang serai | titik
  • 5-6 tangkai cili padi | titik
  • 1 biji tomata | belah empat
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
  • Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
  • Sedikit bawang goreng | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
  2. Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
  3. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
  4. Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau.
  5. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
  6. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.

KERABU KACANG BOTOL

BAHAN-BAHAN:

  • 7- 8 batang kacang botol | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 batang bunga kantan  | hiris
  • 2 tangkai cili merah  | hiris
  • 3-4 tangkai cili padi | hiris
  • 1 cawan kelapa | putih sahaja
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan hirisan kacang botol, bawang besar, cili dan  bunga kantan dalam mangkul. Gaul rata kesemuanya. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain campurkan kelapa parut bersama, garam, gula dan jus limau nipis. Gaul rata dan secukup rasa.
  3. Seterusnya masukkan ke dalam mangkuk campuran bahan-bahan hirisan tadi.
  4. Gaul rata dan hidangkan.
  5. Jika belum sedia untuk dihidangkan simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sayur dan mengelakkan cepat basi.

 

 

IKLAN