Bosan dengan menu ayam dan daging, korang boleh cuba menu ikan yang pelbagai jenis ikan dan boleh disediakan dengan bermacam menu yang sedap dan mudah. Tak percaya cuba lima menu yang dikongsikan ini. Ikan yang mudah dan menu ringkas tapi sedap hasil kejadiannya. Tak cuba tak taukan…
.
IKAN BAWAL GORENG SERAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal | bersihkan dan toskan
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu makan sos ikan
- Minyak masak scukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 hirisan halia
- 1 batang serai
- 1 pokok daun ketumbar
- 2 biji cili merah
- 12 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit serta satu sudu tepung gandum. Gaul rata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing . Angkat dan ketepikan.
3. Seterus sediakan tumisan cili. Keluarkan minyak goreng ikan, tinggal secukupnya untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar kasar tadi hingga wangi.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan , garam dan gula perang secukuprasa.
6. Jika perlu boleh tambah sedikit air.
7, Setelah cukup rasa dan tumisan betul-betul masak, tuangkan atas ikan.
8. Ratakan cili dan ikan sedia dihidangkan.
IKAN PARI KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan pari | potong sederhana dan bersihkan
- 1 biji terung hijau Thai | belah dua
- 1 biji tomato, | belah 4
- 2 batang serai, | titik
- 4 helai daun limau purut
- 10 biji cili padi merah thai, | ketuk
- 500ml santan
- Jus limau nipis secukupnya
- Sos ikan secukupnya
- Garam dan gula perang secukupnya
- Daun selasih secukupnya
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 batang serai, hiris halus
- 1 -3 biji cili padi siam, hiris halus
- 2 biji bawang merah, hiris halus
- 4 – 5 biji bawang putih, cincang
- 2cm lengkuas
- 1/2 cawan daun ketumbar
- 1/2 cawan daun selasih
- ½ sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskanminyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serai dan juga ikan .
3. Gaul rata dan masak sekejap hingga ikan kecut..
4. Tuang santan kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging empuk.
5. Masukkan terung dan juga cili padi .
6. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
7. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
8. Kari hijau sedia dihidangkan.
IKAN MASIN ANAK TAMBAN GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan masin anak tamban | basuh dan tos
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 biji cili hijau | hiris
- 5 biji cili padi | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih cincang.
4. Setelah wangi masukkan semua hirisan cili.
5. Kacau rata dan masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.
6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau rata.
7. Tutup api, ikan masin sedia dihidangkan.
.
PINDANG TUMIS IKAN SENANGIN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan senangin | bersihkan dan potong dua
- 1 batang timun saiz kecil | buang biji dan potong serong
- 3 tangkai daun kesum
- 1 batang serai | titik
- 1 biji tomato | belah empat
- 2 keping asam gelugor
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 2cm kunyit hidup
- 4 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
2. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan bau wangi.
3. Masukkan air, biarkan kuah mereneh.
4. Seterusnya masukkan ikan bersama asam keping dan daun kesum.
5. Biarkan kuah mereneh hingga ikan masak.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan daun kesum, timun dan tomato.
8. Selepas dua minit tutup api.
9. Pindang tumis ikan sedia dihidangkan.
.
SAMBAL GORENG BUNGA KANTAN IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan sardin | potong dua atau tiga bersihkan dan tos
- 2 kuntum bunga kantan | hiris
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, setelah panas masukkan ikan. Goreng hingga garing angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang merah bersama bahan kisar hingga wangi dan garing.
5. Masukkan air asam jawa dan perasakan tumisan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan goreng gaul rata.
7. Seterusnya taburkan hirisan bunga kantan, gaul rata. Tutup api.
8. Sambal ikan sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI