Di bulan puasa ni, agak sukar untuk kita tahu rasa masakan yang dimasak. Jadi bila sampai ‘part’ untuk letak garam, memang main agak-agak je. Kadang-kadang boleh pula kita terlupa sampai dua kali masuk garam. Dah termasin pula lauknya. Jika anda hadapi masalah ini, cara-cara di bawah boleh anda cuba.
1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.
2. TAMBAH KARBOHIDRAT
Ads
Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.
3. MADU / GULA
Ads
Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.
4. TAMBAH CECAIR
Ads
Untuk jenis hidangan berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.
5. JUS LEMON / LIMAU
Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selesema menyerang lagi, tetapi anda tidak suka untuk mengambil ubat-ubatan? Tidak perlu risau kerana 7 bahan semulajadi ini boleh mengubati selesema dan ianya mudah didapati dalam dapur anda. Apa tunggu lagi? Selongkar dapur sekarang dan cari 7 bahan semulajadi ini. In Sha Allah berkesan.
Halia
Menurut University Health News (UHN), halia adalah tumbuhan herba yang secara semulajadi mampu menangani masalah selesema, muntah dan loya kerana keberkesanannya menghilangkan rasa sejuk dalaman.
Cara merawat: Ketuk halia dan masukkan ke dalam minuman panas atau air limau atau amalkan minum teh halia.
Perhatian: Jika anda mengambil ubat-ubatan untuk darah tinggi, diabetes, atau kolesterol, sila dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan halia bagi merawat selesema.
Sup Ayam
Healthlinemelaporkan sup ayam mampu mengurangkan jangkitan pernafasan seperti selesema kerana ia memperlahankan pergerakan neutrofil dalam badan. Neutrofil adalah sejenis sel darah putih yang membantu melindungi badan anda.
Cara merawat: Reneh sup ayam dengan sayur-sayuran segar, lalu makan ketika panas.
Dr William Schaffner, Pengerusi Pencegah Perubatan Vanderbilt University School of Medicine di Nashville menasihatkan penghidap selesema agar minum air masak dengan mencukupi. Selesema mampu mengakibatkan badan anda kehilangan air. Air masak boleh menstabilkan kembali suhu badan anda.
Cara merawat: Minum air masak dengan secukupnya atau gantikannya dengan jus buah-buahan. Elakkan daripada minum kafein atau minuman beralkohol!
Madu ternyata amat berkhasiat dalam menangani pelbagai penyakit kerana bersifat antibakteria dan anti-mikrob. Kajian yang diterbitkan Pediatrics melaporkan madu mampu mencair dan mengeringkan kahak malah selesema.
Cara merawat: Campur madu dalam air limau nipis atau teh herba.
Sistem imun badan anda memerlukan vitamin C untuk menentang jangkitan selesema. Kajian yang diterbitkan oleh Annals of Nutrition and Metabolism menjelaskan vitamin C yang ada dalam limau, oren, lemon, anggur, buah-buahan dan sayur-sayuran lain mampu melegakan jangkitan pada saluran pernafasan. Malah, ia juga boleh menguatkan sistem imun badan agar anda tidak mudah dijangkiti penyakit.
Cara merawat: Masukkan buah lemon dan madu dalam teh panas.
American Journal of Preventive Medicine melaporkan amalan berkumur dengan air garam mampu mencegah jangkitan pada saluran pernafasan dan meringankan sakit tekak. Hal ini kerana air garam boleh mencair dan mengurangkan mukus yang mengandungi bakteria dan virus.
Cara merawat: Masukkan ¼ sudu kecil garam dan ¼ sudu kecil baking soda ke dalam air suam, kacau dan kumur atau masukkan air ke dalam rongga hidung. Pastikan air yang ingin diguna telah dimasak.
Daun sirih terkenal dengan pelbagai khasiat untuk mengubati penyakit. Kajian membuktikan daun sirih memiliki minyak yang mengandungi phenol dan dipanggil sebagai chavicol berupaya untuk bertindak sebagai antiseptik.
Cara merawat: Ramas daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung atau rendam dan lenyekkan daun sirih dalam minyak biji sawi lalu sapukan pada dada.
Info Penting: Selain itu, anda juga digalakkan untuk mandi dengan air panas atau air suam bagi melembapkan dinding mukosa hidung lalu mencairkan hingus. Menurut petua kaum Cina pula, elakkan daripada minum susu lembu ketika selesema kerana susu lembu mampu memekatkan kahak.
Ramai orang tahu minyak zaitun kaya dengan khasiatnya untuk kesihatan. Ia mengandungi lemak baik dan antioksidan jika diamalkan dapat membantu dalam mencegah penyakit jantung, stroke dan diabetes. Disebabkan banyak manfaat kesihatan itu, jom kita biasakan mengambil minyak zaitun dengan pelbagai cara. Salah satu cara paling mudah adalah dengan mencampurkannya dalam masakan dan makanan. Berikut tiga cara mudah yang nboleh anda memanfatkan minyak Zaitun dalam masakan dan makanan seharian:-
Mulai hari ini anda tumis sayur dengan minyak zaitun kerana kandungan lemak baiknya akan meningkatkan kadar kolestrol yang baik juga. Selain itu, aroma minyak zaitun juga lebih sedap dan kandungan gizinya memenuhi keperluan kesihatan tubuh. Tetapi ingat, minyak zaitun tidak boleh digunakan untuk menggoreng kerana proses menggoreng mengambil masa lebih lama dan ia akan merosakan kandungan nutrisi di dalamnya. Sedangkan menumis sayur mengambil masa tidak lebih dari 10 minit, jadi kandungan nutrisi boleh anda manfaatkan untuk kesihatan.
Jika sebelum ini anda menggunakan mayones atau Thousand Island sebagai dressing salad sayuran atau buah-buahan. Mulai sekarang hentikan kerana dua sos ini mengandungi lemak yang sukar dibakar dan lebih mudah menyumbang kenaikan berat badan. Cara paling senang tukar dressing kepada minyak zaitun. Mudah je caranya, anda hanya perlu tambah sedikit garam, gula, jus lemon, serbuk lada hitam dan bawang putih yang dicincang halus. Campurkan semua bahan ini dalam botol, goncang dan tuang dalam mangkuk salad. Gaul rata dan hidangkan terus salad secara segar. Ia lebih mudah dan sihat.
Kalau selama ini anda oleskana mentega pada roti untuk sarapan pagi, Apa kata, anda tukar mentega dengan minyak zaitun kerana ia lebih kaya dengan nutrisi, lebih sedap. Tambahan pula antioksidan minyak zaitun baik untuk jantung berbanding mentega jika dijadikan amalan, ia boleh mengundang peningkatan kolestrol dan sakit jantung.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa sangka di sebalik kecantikan bentuk yang membulat dan warna merah bak kristal, buah delima memiliki khasiat yang sangat luar biasa. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan buah delima bagus untuk diamalkan.
Buah delima merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dan menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit. Malah, kebaikan buah delima ini juga terlalu banyak untuk kesihatan dan kecantikan.
Firman Allah di dalam al Quran, yang bermaksud:
“Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebat penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Buah delima diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Sumber asid folat dan antioksidan pada buah delima dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima pula mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati. Kekayaan antioksidan dalam buah delima adalah tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah, beri biru, kranberi, dan oren. Antioksidan ini berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh.
Justeru, ia layak digelar ’superfruit’ kerana kandungan antioksidan yang diterajui oleh asid ellagik berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Berikut antara khasiat tersembunyi buah delima:
Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, kedutan dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah rendah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta meransang pembiakan sel darah merah.
Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)”
Amalan makan buah delima atau minum jus delima asli setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya. Pabila mengambil jus delima, pastikan tiada tambahan gula, pengawet, penstabil, pewarna dan perasa tiruan. Ketika memilih buah delima, pastikan memilih buah yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih jika kulit buah delima sudah merekah. Buah delima tahan sehingga enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
RESIPI
LAICI PANNA COTTA DENGAN DELIMA
BAHAN A
BAHAN B
CARA MEMASAK
Info chef: Jika tidak ada air kotak laici, anda boleh kisar laici dalam tin bersama airnya dan tapis. Saiz hidangan: 4-6 cawan
Tempoh memasak: 20 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : kaya rasa delima dan laici
Cara memasak : Didih
Anggaran kos: RM25
MUFFIN DELIMA OATMEAL
BAHAN-BAHAN
BAHAN TOPPING
CARA MEMASAK
CARA MEMBUAT TOPPING
Info chef: Jika anda mahu muffin yang lebih manis, boleh tambah sukatan gula dalam bahan.
Saiz hidangan:14 biji
Tempoh memasak: 60 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Muffin sihat dengan oat dan delima
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM30
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.