Senang je nak rebus ayam? Hanya perlu cuci bersih isi ayam kemudian masukkan dalam periuk bersama air kemudian rebus. Bila masak, tutup api dan angkatkannya. Hakikatanya kalau tidak betul caranya, isi ayam yang direbus tak masak sekata dan empuk. Kalau nak tahu bagaimana caranya, follow tip ini.
Rebus Ayam Dalam Periuk Yang Sesuai.
Ini penting, sebelum merebus ayam pastikan saiz periuk digunakan bersesuaian dengan jumlah ayam yang akan direbus. Jika periuk terlalu kecil, ayam sukar dikacau atau dibalikkan. Hal ini menyebabkan isi ayam tidak masak sekata, kalau periuk terlalu besar pula korang memerlukan lebih banyak air mengambil masa lama untuk didihkan air. Isi ayam berisiko hancur. Sebaiknya gunakan periuk sesuai dengan saiz ayam yang akan direbus. Saiz periuk sesuai untuk merebus seekor ayam tanpa potong adalah bersaiz 8 liter. Manakala untuk merebus ayam telah dipotong, periuk bersaiz 16-18cm sudah mencukupi.
Ads
Masukkan Air dan Ayam Sekali.
Untuk merebus, masukkan ayam dalam periuk dan tuangkan air sejuk biasa hingga meliputi paras ayam. Cara ini untuk memastikan ayam dan air boleh masak bersama. Kalau masukkan ayam dalam air yang telah dipanaskan, bimbang suhu tingg tersebut akan menyebabkan ayam masak sebelum direbus.
Masukkan Garam dan Bawang Putih
Sebelum merebus, korang boleh menambahkan garam dan beberapa ulas bawang putih ke dalam periuk berisi ayam. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam yang direbus. Jika merebus ayam seekor tanpa dipotong. Korang boleh masukkan lebih kurang 2 sudu makan garam dan 3 ulas bawang putih. Selain memberikan rasa dan aroma, ia membantu menanggalkan kotoran yang melekat pada ayama.
Ads
Tutup Periuk Semasa Merebus
Tutup periuk semasa merebus ayam, ia supaya ayam cepat masak dan aromanya tidak keluar. Selain itu pastikan korang menggunakan api sederhana supaya ayam cepat empuk dan masak sekata.
Ads
Waktu Merebus Berbeza Ikut Saiz dan Bahagian Ayam
Setiap potongan ayam mempunyai waktu merebus yang berbeza, apa lagi untuk ayam seekor. Untuk mendapatkan waktu merebus yang sesuai. Berikut bahagian ayam dan waktu merebusnya:-
Dada ayam tanpa tulang : 15-20 minit
Dada ayam dengan tulang :30 minit
Paha ayam : 30-40 minit
Ayam seekor : 1 jam
Isi ayam yang telah direbus ini boleh disiat-siat dan digunakan untuk campuran soto, sup, bubur atau ditambah dalam mi goreng atau dijadikan campuran bahan penumis sayur. Airnya boleh disimpan untuk dijadikan stock ayam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sesekali, ada juga tekak terasa nak makan snek ringan seperti kerepek kentang. Bukan makan banyak pun, sekadar melepaskan rasa ‘teringin’. Bila dah dibuka, anda biasanya akan menyimpan kembali lebihan snek dengan mengikat paket menggunakan getah, klip ataupun meletakkannya di dalam bekas kedap udara.Ia bagi memastikan lebihan snek yang dimakan kekal rangup dan tidak lemau.
Tapi, bagaimana pula jika tiba-tiba, masa tu lah tak ada getah nak ikat atau bekas makanan anda yang kosong tu jenis yang tak kedap udara? Takkan nak kena habiskan snek tu satu plastik kan? Naya…
Jika hal ini terjadi, anda boleh guna kaedah ‘genius’ untuk menutup plastik snek tanpa perlu gunakan getah ataupun klip seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah ini. Memang bijak! Malah ia bukan sahaja berguna untuk mengelakkan snek anda menjadi lemau malah lebih mudah disimpan dan kelihatan kemas.
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.
CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Tapis
Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
Masakan bercili memang enak namun jika menggunakan cili kering yang dikisar sendiri, bijinya pasti banyak. Biji cili di dalam masakan sedikit sebanyak menjejaskan tekstur sambal serta boleh memudaratkan kesihatan. Ada cara mudah untuk menanggalkan biji cili sebelum anda mengisar dan memasaknya. Apa yang perlu dilakukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Cili Kering
CARA-CARA:
1. Ambil beberapa biji cili dan gesel menggunakan tangan sehingga anda merasakan biji cili sudah lerai dari tangkainya.
2. Potong cili menggunakan gunting dan masukkan air.
3. Toskan potongan cili dan kisar seperti biasa. Hasilnya masakan sambal anda akan bebas biji cili.