5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

Share

Daun Selom memang sedap dan banyak khasiat. Macam-macam menu boleh dihasilkan menggunaan ulam ini baik dijadikan kerabu, dicampur dalam masakan seperti masak lemak cili api malah enak dimakan mentah sebagai ulam. Ulam ini biasanya dibeli kerana harganya juga tidak terlalu mahal. Namun jika mudah untuk ditanam, apa salahnya anda mencuba.

UDaun Selom mudah tumbuh dan cepat boleh dituai. Semakin dipotong, semakin elok subur tumbuhnya. Bolehlah dipetik segar setiap hari dan jika ada rezeki yang lebih, boleh dijadikan perniagaan juga. Menarik kan? Nak tahu cara mudah untuk menanam ulam Selom ini? Saudari Nur Aida Md Zainuddin

ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba.

5 CARA MUDAH TANAM ULAM SELOM

1. Batang Selom dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam air, akar akan keluar melalui batang selom. Pastikan air rendaman ditukar selalu.


3. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.


4. Tutup dengan tanah dan siram. Pastikan tanah sentiasa lembap.


5. Bila daun selom sudah merimbun, bolehlah dituai dan dinikmati hasilnya.

Kredit petua & foto: Nur Aida Md Zainuddin

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500

bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

Dapatkan lebih banyak petua di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN