5 Bahan Saja, Dah Boleh Buat Samosa Untuk Minum Petang

Share

 

Hanya dengan 5 bahan je korang dah boleh buat menu minum petang yang mantap. Tak perlu nak banyak-banyak bahan. Senang sangat ni. Rugi kalau tak cuba.

Pada hari ni, orang perempuan pun banyak kerja nak disiapkan kan? Jadi masa untuk memasak sangat terhad. RASA permudahkan urusan korang dengan berikan resipi yang mudah-mudah untuk anda cuba. Nak cuba?

SAMOSA KELEDEK CITA RASA INDIA

Bahan-bahan:
1 keping roti tortila
Keledek
2 sudu keju
Isi ayam siap masak
1 biji telur ayam

Cara membuat:
1) Potong roti tortila memanjang menjadi dua bahagian. Letakkan dua sudu keledek bersama isi ayam
dan keju. Lipat menjadi bentuk tiga segi.
2) Pecahkan telur dan pukul sebati. Sapukan telur di bahagian hujung segi tiga samosa untuk kemaskan
lipatan. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
3) Makan panas-panas.

Selamat mencuba!

IKLAN