4 Langkah Mudah Buat Telur Setengah Masak, Confirm Jadi Punya Lah!

Share

 

Bangun pagi tidak tahu hendak sarapan apa, boleh buat telur setengah masak. Sangat senang tidak sampai 10 minit,  selepas itu taburkan sedikit lada hitam dan kicap.

 

Wani faham antara benda paling susah nak buat, telur setengah masak. Betul kan?

Wani pun mengalami masalah yang sama dulu laa. Sebab selalu terlebih masak jadi lah telur rebus. Hahahaha!

Lepas ikut step ni, setiap kali buat je confirm jadi!

So korang boleh guna je 4 langkah ni confirm jadi punya lah telur setengah masak ni. Wani yakinn!

 

LANGKAH-LANGKAH:

Sebelum itu pastikan telur dalam ROOM TEMPERATURE atau suhu bilik. Jika simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.

1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam)
2. Bila sudah mendidih boleh tutup api
3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (jangan tutup periuk)
4. Set timer phone anda 6 MINIT. Selapas itu siap!

 

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Wani Mustafa

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/jimat-murah-pantas-telur-hancur-pedas-power-memikat/

http://www.rasa.my/wajib-cuba-telur-goreng-juicy-spicy-sedap-hingga-menusuk-kalbu/

 

IKLAN