4 Idea Paling Senang Kurangkan Pedas Melampau Dalam Masakan.

Share

Tiba-tiba gulai atau kari yang anda masak terlajak pedas dari biasa, mungkin  disebabkan anda menggunakan cili  padi atau kering yang baru dibeli, jadi tak boleh akan agak kepedasannya.  Kesian anak-anak tak boleh makan masakan yang anda masak, sedangkan masakaan itu adalah kegemaran mereka.

Jangan risau ini empat tip RASA kongsikan bagi membantu anda mengurangkan rasa pedas dengan hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja. Ianya mudah dan paling penting rasa pedas dapat dikurangkan dan anak-anak boleh makanan.

TAMBAH SEDIKIT GULA

Ini cara paling mudah, sebab semua dapur  pasti ada menyimpan gula. Jadi manfaatkan kelebihan gula yang manis itu untuk mengurangkan sedikit rasa pedas.  Apa perlu anda lakukan hanyalah masukkan sedikit gula dalam masakan. Tambahan gula hanya lebih sesuai untuk masakan yang tidak berkuah seperti sambal dan  rendang.

MASUKKAN KENTANG

Kentang selain fungsinya boleh menyerap rasa masin, ia juga boleh menghilangkan rasa pedas masakan, terutamanya masakan yang berkuah seperti gulai, kari dan sup. Bila kentang mula empuk, ia akan menyerap rasa pedas kuah ke dalamnya.

TAMBAH  AIR

Ini cara paling mudah, tapi cara ini bukan hanya menjadikan kuah cair tetapi jika terlebih air ia turut mengubah rasa masakan. Selain kuah menjadi lebih cair, rasa masin juga akan berkurangan. Sebagai cadangan jika gulai lemak atau kari, anda mungkin boleh tambahkan santan atau susu. Dengan cara ini rasa pedas berkurangan dan kuah tidak menjadi terlalu cair, cuma lebih kuah sahaja.

TAMBAHKAN BAHAN LAIN

Pilihan terakhir jika masakan terlalu pedas, anda boleh tambahkan bahan lain dalam masakan tersebut. Contohnya gulai  atau kari yang terlebih pedas, anda boleh tambahkan sayur seperti terung atau buah-buahan seperti nanas atau mangga untuk mengimbangi rasa pedas sebelumnya.

Mudahkan, lepas ni takdalah anda kalut kalau lauk pauk atau sayur terlebih pedas. Tenang dan amalkan petua RASA kongsikan ini.

.

.

IKLAN