RAGAM IDEA MAC
TEKS : SHIDA YASIN
PHOTO: TUAN AZMAN TUAN MUDA
RESIPI: SHIDA YASIN
CARROT PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
1 3⁄4 cawan susu segar
2 biji telur
1⁄4 cawan mentega
4 batang lobak merah | kisar
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1sudu teh garam
4 sudu makan gula
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu teh serbuk buah pala
1 cawan sos kastard
CARA MEMASAK:
1 Masukkan susu, mentega dan telur dalam mesin pengisar.
2. Kisarnya hingga sebati.
3. Masukkan pula lobak merah yang dikisar halus.
4. Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk.
5. Seterusnya masukkan masukkan garam dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
6. Selepas digaul sebati, tambahkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
7. Adun lagi, dan bancuhan sedia digoreng.
8. Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit menteg.
9. Gunakan senduk bulat sebagai ukuran dan mulakan membuat pancake.
10. Lakukan hingga bancuhan habis.
11. Hidangkan dengan sos kastard/madu atau aiskrim.
Ads
INFO CHEF: Jika tidak suka serbuk kulit kayu manis dan buah pala boleh diabaikan,
………..
Saiz hidangan : 6-8 orang
Waktu memasak : 30-40 minit
Cara memasak : Goreng menggunakan minyak sedikit
Jenis masakan : Kuih muih
Keistimewaan: Sedap, gebu dan lembut.
Anggaran kos : RM10.
JEJARI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
4 batang lobak merah | potong memanjang
1 sudu garam
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh herba campuran
1 sudu teh bawang putih yang dicincang
1 sudu teh serbuk paprika
Serbuk roti secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan jejari lobak merah dengan semua bahan kecuali serbuk roti dan minyak.
2. Perapkan lebih kurang7-10 minit.
3. Toskan, kemudian gaulkan dalam serbuk roti.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Goreng jejari kentang hingga garing.
6, Sedia dihidangkan dengan sebarang sos yang anda suka.
INFO CHEF: Selain goreng, boleh juga dibakar jejari lobak merah ini.
……..
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan: Garing dan sedap
Anggaran kos : RM6.
BEBOLA LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 batang lobak merah | kisar & perah airnya
1/2 cawan badam | goreng sangai, kisar kasar
6 biji kurma | cincang halus
1/4 cawan kismis | kisar
1/4 cawan kacang pecan| goreng sangai dan kisar kasar
1 sudu makan gula perang
1/2 sudu makan serbuk koko
1sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1/2 cawan bijan | goreng sangai
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kisar di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan serbuk koko, gula perang serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
3. Gaul sebati dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong hingga habis doh.
4. Salutkan bulatan doh di dalam mangkuk berisi bijan.
5. Setelah siap susun dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.
6. Atau boleh sahaja terus hidang bebola lobak merah ini.
INFO CHEF: Bebola ini ditidak perlu dimasak. Jika anda tidak suka bijang boleh tukarkan dengan kelapa kering dalam tin.
……….
Saiz hidangan : 6 orang.
Waktu memasak : 20 minit.
Cara memasak : Adun rata.
Jenis masakan : Kudapan.
Keistimewaan: Sedap, manis dan kaya dengan nutrisi.
Anggaran kos : RM15
BERGEDIL LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan lobak merah yang telah dikisar halus
2 batang seleri | cincang halus
1/2 cawan bawang besar | cincang halus
1/4 cawan serbuk roti
2 biji telur | kacau
1/2 cawan parseli | cincang halus
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
2 sudu makan mayones
Ads
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
2. Adun rata dan bentukannya menjadi leper. Buat hingga habis.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick.
4. Goreng bergedil dengan api kecil hingga kuning keemasan.
5. Setelah habis digoreng, hidangkan bergedil dengan sos yang ada suka.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan parut keju dalam bergedil ini.
………
Saiz hidangan : 6 orang.
Waktu memasak : 20 minit.
Cara memasak : Adun rata.
Jenis masakan : Kudapan.
Keistimewaan: Sedap, manis dan kaya dengan nutrisi.
Anggaran kos : RM15
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Lagi dua hari dah pun Raya. Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk raya untuk korang cuba. Ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi .
Best korang ringkas tapi sedap. Syawal ni tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih 5 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam jawa 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato
KURMA DAGING BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar 3 biji kentang | belah 4 4 sudu makan rempah kurma 1 sudu teh serbuk lada sulah 1sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1sudu makan serbuk ketumbar 1 liter santan 2 biji bawang besar | belah 6 2 biji tomato | belah 6 3 biji cili hijau | belah dua 3 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 biji buah keras 3cm halia 2 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
Sekarang ni kalau teringin makan Apam Balik, tak perlulah nak beli kerana, ia sangat mudah disediakan sendiri dan isiian boleh korang letakkan ikut cita rasa sendiri, Yang penting reipi yang RASA kongsikan ini sungguh rangup, Kalau buat mesti anak-anak tunggu mak masak kat dapur. Tak percaya korang cuba dulu buat.
APAM BALIK RANGUP BAHAN-BAHAN: 2 sudu makan tepung gandum 1 biji telur 8 sudu makan tepung beras 2 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan gula pasir 1 sudu maana susu tepung 150ml air 1/2 sudu teh soda Secubit garam . CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dalam mesin pengisar, kisar hingga halus.
Tapiskan ke dalam mangkuk.
Panaskan kuali, gunakan senduk gulai, masukkan adunan ke dalam kuali kemudian ratakan.
Gunakan api sederhana, apabila separuh garing tambah ke dalamnya bahan isian yang anda suka seperti jagung dalam tin, colat urai, keju atau apa sahaja ikut citarasa.
Setelah masak dan betul-betul garing, lipat dua dan hidangkan.
Datuk Mas Ermieyati Samsudin, ini memang tangkas memasak. Walaupun masakannya ringkas tetapi lauk pauknya memang sungguh sedap sekali.
Khas buat pembaca RASA, beliau berkongsi tiga resipi ‘favorite’ anak-anaknya iaitu Bawal Sweet Sour,Masak Lemak Putih Soo Hoon dan Ikan Bilis Goreng Cili Padi. Ringkas dan mudah tapi memang membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal
2 sudu makan serbuk kunyit
1 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu makan pes cili kering
2 biji tomato/dihiris bulat
3/4 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
3 sudu makan sos tiram
Gula dan garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Sayur (lobak merah, kubis bunga dan brokoli)
Saderi
2 biji lada benggala (merah dan kuning)/dipotong kiub
CARA MEMASAK :
Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya pada ikan bawal.
Pijarkan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kuning,masukkan pes cili kering.
Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, masukkan pula bawang besar, tomato ,brokoli dan lada benggala biarkan dua minit.
Tutup api dan tuangkan sos ke atas ikan. Hias dengan daun saderi.
INFO CHEF : Jika mahukan kelainan anda boleh menambah kiub nenas dan sedikit air nenas ke dalam lauk ini.
2. IKAN BILIS GORENG CILI PADI DAN BAWANG BESAR
BAHAN-BAHAN :
300gm ikan bilis
1 biji bawang besar /dihiris membulat
4 biji cili padi
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Kemudian tumiskan bawang besar dan cili padi dan masukkan ikan bilis ke dalamnya.
Gaul rata dan boleh dihidangkan
INFO CHEF : Supaya ikan bilis kekal garing, tunggu bawang dan cili padi sejuk dahulu baharu dimasukkan ikan bilis
3. MASAK LEMAK PUTIH SOO HOON
BAHAN-BAHAN :
150gm fucuk/dikerat pendek
2 pek kecil soo hoon/direndam air
1 1/2 biji bawang besar/dihiris
7 ulas bawang putih/dihiris
1 1/2 liter santan cair
400ml pati santan
50gm atau segenggam udang kering/direndam dan ditumbuk kasar
30gm atau segenggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak,di dalam periuk, masukkan bawang dan goreng hingga naik bau.
Kemudian masukkan ikan bilis dan udang kering, dan tumiskan sebentar.
Tuangkan santan cair dalam periuk dan masukkan fucuk hingga lembut
Kacau sekali sekala di atas api yang sederhana
Masukkan soo hoon, toskan airnya dan kemudian tuangkan pati santan.
Kacau perlahan, masukkan garam dan gula secukupnya dan pastikan ia dikacau selalu sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar.
Hidangkan dengan hiasan cili merah jika anda mahukan ia sedikit pedas.
INFO CHEF : Masak lemak putih ini boleh juga dimasak tanpa menumis. Masukkan terus hirisan bawang, udang kering dan ikan bilis ke dalam santan cair dan kemudian baru dimasukkan bahan lain.Pilih fucuk yang berkedut untuk rasa yang lebih sedap.