Erm masamnya rasa yogurt. Mungkin inilah luahan buat yang pertama kali menikmati yogurt. Namun di sebalik rasa masam itu terkandung khasiat yang tinggi buat mereka yang menikmatinya. Yogurt merupakan salah satu produk tenusu yang tak kurang nikmatnya berbanding keju. Selain enak, yogurt mengandungi bakteria yang baik untuk melancarkan proses pencernaan.
Di samping itu, yogurt kerap digandingkan bersama dengan bahan makanan lainnya. Dengan kreativiti anda, yogurt menjadi penambah rasa pada makanan seperti nasi goreng, sup krim atau masakan kari pada hidangan India.
Terdapat pelbagai jenama yogurt di pasaran. Antara yang terjamin kualiti dan keenakkannya ialah Lactel Yogurt.
Kelebihan Lactel Natural Set Yogurt (Lactel Yogurt ‘Set’ Asli)
Lactel Yogurt ‘Set’ Asli adalah sejenis yogurt asli yang diperbuat daripada bahan seperti (air, susu dan kultur hidup). Ia merupakan yogurt asli yang rendah lemak, tiada gula tambahan dan rasa yogurt yang lazat serta dijamin Halal.
Ia merupakan produk serba guna kerana dapat digunakan dalam pelbagai masakan untuk menggantikan bahan tinggi lemak kerana sifatnya yang rendah lemak.
Ia boleh dimakan sebagai makanan sampingan yang sihat (dicampur dengan buah-buahan segar, madu, kekacang dan sebagainya. Anda boleh mengolah rasa natural yogurt dengan menggunakan buah-buahan segar seperti strawberi, pisang, mangga dan sebagainya untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang lebih sedap.
Yogurt ini boleh dimakan begitu sahaja dengan rasa semulajadi (yogurt biasa/ digunakan dalam masakan). Natural yogurt adalah yogurt kosong yang tidak ditambah sebarang perasa. Oleh sebab itu, yogurt jenis ini adalah pilihan yang sering digunakan dalam masakan sama ada pencuci mulut, kek atau lauk-pauk.
SERBA GUNA
Lactel Yogurt ‘Set’ Asli ialah produk serba guna yang membantu anda menyediakan makanan sihat. Ia adalah pilihan yang lebih sihat untuk masakan kari, yogurt parfait, sos salad, minuman smoothies dan banyak lagi.
Setiap 100gm hidangan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli hanya mengandungi 57 kalori dan 1.6g lemak berbanding 28.3g lemak sekiranya menggunakan santan (Sumber: Nutrient Composition of Malaysia Foods (1997). Bagus bukan, selain dapat menjaga kesihatan, yogurt juga lebih mudah dicerna oleh tubuh badan berbanding dengan santan.
Yogurt bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, malah ia juga boleh digunakan dalam resipi masakan anda. Contohnya seperti ditambah ke dalam masakan kari atau sebagai salah satu bahan ketika membuat salad kesukaan anda.
Selain daripada sedap dimakan begitu sahaja Lactel Yogurt ‘Set’ Asli juga sesuai sebagai penambah rasa hidangan. Rasanya yang enak dan sempurna membuatkan yogurt ini sesuai untuk dijadikan sos asas pencicah, menjadi perapan yang enak dan sempurna dan juga melazatkan pencuci mulut untuk seisi keluarga.
Dikongsikan resipi enak menggunakan yogurt yang boleh anda cuba.
Yogurt Spicy Tomyam Seafood
Bahan-bahan:
3 mangkuk air
3 sudu makan pes TomYam
2 sudu makan pes cili Thai
4 sudu makan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 inci lengkuas(diketuk)
3 batang serai (dihiris)
2 biji bawang merah(dihiris)
10 batang cili padi (diketuk)
Akar daun ketumbar
4 helai daun limau purut
200gm udang
200gm sotong
200gm lala
200gm ketam
1 tin cendawan straw
1 paket cendawan tiram
4 sudu makan jus lemon
Sedikit sos ikan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
Ads
Cara memasak:
1.Masak 3 mangkuk air sehingga mendidih.
2.Setelah air mendidih masukkan lengkuas,serai,bawang merah,akar daun ketumbar. Kemudian masukkan pes Tomyam bersama dengan pes cili Thai.
3.Biarkan bahan masak dalam 4 ke 5 minit,kemudian masukkan semua seafood.(masak seafood tak perlu lama,2 ke 3 minit sudah cukup)
4.Tambahkan daun limau purut(dibuang akar tengah),tambahkan cili api dan juga cendawan.
5.Kemudian masukkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli ,jus lemon,sos ikan dan juga garam secukup rasa.
6.Akhir sekali taburkan daun ketumbar.
Bahan-bahan:
✳️Kentang lenyek
9 biji kentang US Russet
⅓ cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil daun parsley (kering atau segar)
✳️Inti:
3 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang holland – dipotong dadu
500gm daging cincang – ayam/lembu/kambing
2 helai daun salam
4 tangkai daun thyme
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan serbuk cili atau pes cili
1 tin diced tomatoes
1 cawan lobak merah didadukan
1 cawan seleri
1 cawan cendawan
1 cawan kacang peas
4 sudu makan tepung gandum
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 sudu makan worcestershire sauce
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
¼ cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
Ads
Cara memasak:
1.Rebus ubi kentang hingga empuk.
2.Tos dan lenyekkan.
3.Masukkan mentega, garam, daun parsley dan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli.
4.Gaul sebati dan ketepikan.
5.Tumis bawang holland dengan minyak zaitun sehingga layu.
6.Masukkan daging cincang, daun salam, serbuk lada hitam, daun thyme dan bawang putih, goreng hingga daging keperangan.
7.Masukkan serbuk cili, diced tomatoes,lobak merah, cendawan dan seleri, masak hingga sekata.
8.Masukkan tepung gandum, gaul rata dan tambah air.
9. Perasakan dengan kiub pati ayam, worcestershire sauce, gula perang dan garam.
10.Masak sehingga kuah agak kering.
11.Masukkan kacang peas dan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, gaul rata.
12.Letakkan kentang lenyek di atasnya, sapu rata.
13.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
14.Keluarkan, sapu mentega di atas permukaaan pai.
15.Bakar lagi selama 5-10 min atau sehingga warna keperangan.
Cara membuat:
1.Kisarkan strawberi kemudian masak selama 7 minit.
2.Masukkan gula, dah siap ketepikan.
3.Pukul whipping cream hingga kembang.
4.Masukkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, susu pekat dan jam strawberi.
5.Siap dan sejukkan semalaman.
Ramadan tanpa hidangan nostalgia kala berbuka dan sahur memang tidak lengkap rasanya.Waktu inilah kita mula terkenang keenakan masakan ibu atau terbayang-bayang deretan menu yang selalu disajikan buat sajian berbuka satu keluarga. Satu persatu nostalgia waktu memasak di dapur muncul. Sudah semestinya macam-macam lauk yang mahu kita masak. Belum lagi kuih muih, bubur dan pencuci mulut yang panas dan sejuk mahu dimakan juga. Keseronokan waktu membuat persiapan berbuka mula terbayang-bayang. Kecoh dari dapur hingga ke meja makan.
Kalau anak-anak ramai, pasti macam-macam menu yang diminta. Namun yang pastinya tentu ada dua tiga menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Paling dikenang-kenang bila sudah dewasa dan berumahtangga. Lalu menu itulah yang akan dimasak Kembali sambil mengutip semua kenangan waktu kecil bersama ibu, bapa dan adik beradik. Kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan semua kita ternanti-nanti hadirnya Ramadan.
Mengembalikan nostalgia ini dalam suasana penuh ceria, Rasa Kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA RAMADAN yang akan ditayangkan bermula 12 April 2021 , jam 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat di Astro Prima.
Program memasak Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa kerana menampilkan lebih 23 selebriti yang memasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat serta tetamu mereka memasak makanan kegemaran yang menjadi nostalgia mereka. Sambil menyediakan hidangan mereka bakal berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini!
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Saksikan pelbagai celoteh mereka di dapur sambil berkongsi cerita suka duka, ketawa gembira yang menjadi kenangan yang ingin diulang setiap kali datangnya Ramadan. Dengan begitu banyak keseronokan dan warna dalam perbualan, Rasa Nostalgia Ramadan kali ini menggali lebih banyak makanan nostalgia selebriti dan mendedahkan pelbagai aspek kisah dan perjalanan hidup mereka.
Bayangkan bila dua beradik mencuba resipi nostalgia ibu mereka seperti Sharifah Shahira dan Sharifah Sakinah . Bagaimana pula agaknya bila pasangan suami isteri seperti Azad dan Eira Syazira serta Lana Nordin dan suami, Ain Edruce dan Amirul mahu masak cara sendiri. Siapa bakal mengalah. Bagaimana pula agaknya bila ibu dan anak bergabung di dapur. Ayah dan anak. Tentu ada sahaja yang tak kena ya. Ada ke yang tak kenal bahan. Siapa pula lebih hebat. Siapa cepat dan siapa yang lambat buat keje. Tak sabar nak tengok Rosyam Noor memasak dengan anaknya dan Killa Fairy bersama ibunya Rohana Jalil.
Itu belum lagi dua sahabat baik bergabung di dapur. Didi Alias dan Enot, pasti pasti akan bawa macam-macam cerita. Eh CikB dan Dato Sri Vida pun ada. Peh memang meriah dapur dibuatnya. Dan paling best kita akan dapat idea untuk memasak kerana 46 resipi bakal dikongsikan oleh mereka.
Barisan Selebriti Hebat
Inilah barisan artis dan selebriti yang akan menyerikan dapur Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah
Sh Shahirah & Sh Sakinah, Waris & Ara Johari , Rita Rudaini & Cik Ala , Eira Syazira & Azad Jazmin, Didie Alias & Enot , Ain Edruce & Amirul Hafiz, Lana Nodin & Daud Mckienzie , Mas Idayu & Daini , Ifa Raziah & Aqili , Bella Astillah & Alif Aziz , Norman Hakim & Memey Suhaiza ,Fikry Ibrahim & Cousin, Fizo & Puan Hasnah , Adam Corrie & isteri , Zara Zya & Ibunya, Rahim & isteri, Syafiq Farhain & ibu , Jaafar Onn & Salwa Rosham Nor & Anis, Kilafairy & Rohana Jalil, Atu & Sharif Zero , Cik B & DSV dan DIVA AA
LG PuriCare™️ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™️; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4 WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah. Perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat malah ia tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senang je rupanya nak buat Udang Belon @ Udang Goreng Tepung ala Thai ni. Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai. Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita cuba. Pasti suami dan anak-anak puji. Macam menu dekat kedai makan.
RESIPI UDANG BELON ALA THAI PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Udang
Tepung Naik Sendiri Blue Key
Telur
MAGGI® CukupRasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang, buang kulit udang dan biarkan bahagian ekor.
Campur tepung, telur dan MAGGI® CukupRasa ke dalam mangkuk.
Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Pastikan adunan boleh lekat elok dengan udang.
Celup udang dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.
Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.
PETUA: Untuk hasilkan udang belon yang cantik, boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang. Tak perlu belah belakang udang tu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Majlis Pelancaran Produk Nuuna yang berlangsung pada 25 Februari lalu di Mydin Mall, Subang Jaya berakhir dengan begitu meriah. Mana tidaknya, celoteh Fiza Frizzy serta Auni Yusri selaku pengacara memang mencuit hati. Gamat suasana dibuatnya. Kini, anda boleh mendapatkan produk Nuuna Bihun Goreng Segera di pasaran. Rupanya, ramai yang suka kerana rasanya yang sedap.
Dengan tagline ‘Nikmati Keceriaan Bersama’, majlis diserikan dengan gimik pelancaran yang menyaksikan letupan 21 biji belon secara serentak. Majlis dilancarkan oleh Mr. Low Zishi, Director of Serba Wangi Sdn Bhd, Mr. Chua Keng Jin, Senior Group Manager of Serba Wangi Sdn Bhd, Puan Ani Nadila, Pengurus Besar Ideaktiv dan Chef Zam Akmal selaku Chef Jemputan.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis pelancaran berlangsung. Antaranya demo masakan serta Pertandingan Rasa Masak Challenge dan kuiz bersama para tetamu yang hadir. Bukan itu saja, terdapat juga booth Nuuna untuk para pengunjung yang ingin mencuba dan menikmati sendiri Bihun Goreng Segera ini. Produk ini juga dijual dengan harga serta promosi istimewa.
Chef Zam Akmal tampil sebagai Chef jemputan bagi demo masakan menggunakan produk Nuuna. Resipi yang dikongsi oleh Chef Zam Akmal adalah Nuuna Bihun Spicy Roll. Memang sedap kerana tekstur bihun yang kenyal serta kombinasi rasa pedas dan masam menjadikan ia satu hidangan yang cukup enak.
Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Rasa Masak Challenge di mana lima orang peserta yang terpilih diminta untuk memasak menggunakan Nuuna Bihun Goreng Segera selama 45 minit. Kehebatan para peserta terserlah dan masing-masing memasak dengan penuh kesungguhan demi menambat hati juri.
Lima peserta yang terpilih ialah Liew Phaik Hoon, Norizah binti Husain, Ahsha A/P Damadaran, Nurul Irma Iza binti Zulkaffli dan Nor Afifah Solehah bt Nor Hamdan. Mereka dipilih menerusi komen di media sosial RASA berdasarkan slogan dan resipi bihun goreng paling menarik yang pernah dicuba.
Liew Phaik HoonNorizah binti HusainAhsha A/P DamadaranNurul Irma Iza binti ZulkaffliNor Afifah Solehah bt Nor Hamdan
Pertandingan telah nilai oleh tiga orang juri iaitu Mr. Chua Keng Jin, Senior Group Manager of Serba Wangi Sdn Bhd, Chef Zam Akmal, Chef Jemputan dan Cik Ida Abdul Aziz, Editor Pengurusan Majalah Rasa. Para juri sepakat untuk memilih hidangan Kerabu Nuuna Karipoley Udang Percik Telur Asin milik Norizah binti Husain sebagai juara.
Juara Rasa Masak Challenge bersama Nuuna berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 beserta hamper Nuuna. Manakala empat pemenang saguhati menerima wang tunai RM250 beserta hamper Nuuna. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Nuuna Bihun Goreng Segera merupakan bihun goreng ‘ready-to-eat’ untuk rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk dan lapar. Dengan produk ini, anda dapat menjimatkan masa dan menikmati hidangan dengan cepat pada harga yang berpatutan. Hadir dengan dua perisa hebat iaitu Asli dan Pedas, Nuuna Bihun Goreng Segera memang wajib ada di rumah kerana ia sedap, cepat dan mudah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!