3 Resipi Menggunakan Ubi Keledek Olahan Chef Alwi

Share

Kalau biasa kita gunakan ubi kentang dalam masakan, apa kata gunakan ubi keledek. Selain rasanya yang enak, ia mempunyai khasiat yang pelbagai.Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Keledek juga kaya dengan protein dan boleh menambahkan keperluan protein harian yang diperlukan.

Keledek juga sumber vitamin C yang baik. Vitamin C penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah.

Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti kuih keria dan sebagainya. Chef Alwi berkongsi dengan anda resipi berkhasiat olahan daripada ubi keledek. Pasti selepas ini anda akan lebih menghargai penggunaan ubi keledek dalam masakan.

Keledek tiga warna bersama ikan talapia bakar
Bahan-bahan:
3 jenis keledek warna ungu, kuning dan putih
1kg ikan talapia
Bawang Holland 

Lada benggala hijau dan merah
Daun pisang
Lemon
Minyak zaitun

Cara memasak:
1.Ikan talapia diasingkan isi dari tulang dan potong kiub.
2.Potong kiub 1/2 lada benggala warna hijau dan merah.
3.Potong kiub keledek 3 warna.
4.Potong kiub bawang Holland.
5.Alas kuali dengan daun pisang letak semua bahan yang dipotong kiub dalam kuali taburkkan dengan lada hitam, garam serta minyak zaitun.


6.Panaskan oven, masukkan kuali ke dalam oven selama 30 minit.
6.Selepas masak keluarkan kuali dan letak air lemon dan minyak zaitun.

Bubur cha-cha keledek
Bahan-bahan
Keledek 3 warna
1 tin laici -BELI ONLINE DI SINI
Sago
Susu segar
Gula Melaka
Madu lebah -BELI ONLINE DI SINI
Garam -BELI ONLINE DI SINI
Nenas
Daun pudina
Cara memasak:
1.Keledek dipotong dadu sama besar dan direbus hingga masak.
2.Gula Melaka dimasak dengan daun pandan dan masukkan secubit garam.
3.Laici dan nenas dipotong dadu.
4.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
5.Tuangkan susu segar dan gula Melaka atau madu.
6.Hiaskan dengan daun pudina.

 

Keledek lenyek bersama bawang putih dan minyak zaitun

Bahan-bahan:
Keledek 3 warna
Lada hitam
Garam
Minyak zaitun
Cara memasak:
1.Rebus keledek dan bawang putih.
2.Lenyek keledek dan bawang putih.
3.Masukkan garam , lada hitam dan minyak zaitun.
*enak dimakan bersama serunding

Chef Alwi

INGIN MENDAPATKAN KUALI NON STICK, BELI DI SINI

 

 

 

IKLAN