3 Resipi Berasaskan Bunga Telang, Unik Dan Cantik

Share

 

Bunga telang berwarna biru dan boleh menjadikan makanan menjadi unik disebabkan warnanya. Lazimnya bunga telang digunakan sebagai pewarna bagi nasi kerabu. Namun kini bunga telang turut digunakan dalam pelbagai resipi bergantung kepada minat seseorang.

ONDE-ONDE BUNGA TELANG

Bahan untuk bancuhan tepung:
2 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 cawan air
2 sudu air rebusan bunga telang
Secubit garam

Cara membuat
1. Satukan semua bahan di atas.
2. Buat bulat, leperkan dan isi gula melaka. Kemudian bentukkan semula menjadi bulat.
3. Rebus dalam air panas (boleh letak daun pandan).
4. Onde-onde akan timbul apabila sudah masak.
5. Kemudian salut dengan parutan kelapa.

Cara hasilkan parut kelapa
1) Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.

Atau

2) Ambil kelapa parut kering. Tambah sedikit air dan gaul dengan sedikit garam. Kemudian stim beberapa minit.

MOCHI DURIAN BUNGA TELANG

Bahan-bahan
100 gram tepung pulut
50 gram gula halus
1 cawan air bunga telang (sejuk)
Tepung jagung secukupnya

*kalau nak simpan mochi untuk tempoh lama guna 100 gram gula halus dengan 100 gram tepung pulut, mochi akan jadi lebih lembut dan berkilat.

Cara membuat
1. Satukan tepung pulut, gula dan air bunga telang sejuk. Gaul sebati dan kacau dari semasa ke semasa.

Option (pilih salah satu)
Jika masak dalam rice cooker – 10 minit,
Steam – 10 minit,
Microwave – 2 hingga 3 minit

2. Taburkan tepung jagung atas dulang. Kemudian baru letak mochi yang dimasak tadi.
3. Golekkan mochi dalam tepung jagung dan biarkan sejuk suam. Jangan pegang mochi ketika panas kerana boleh melecur.
4. Kerat 6 bahagian kalau nak besar atau 12 bahagian kalau nak mochi saiz kecil.
5. Buat bentuk bulat dan leperkan guna tangan. Letakkan isi durian di tengah -tengah dan kepilkan balik supaya jadi bulat. Letak tepung jagung pada tangan dan mochi supaya tidak melekat.
6. Siap untuk dimakan atau simpan dalam peti ais untuk beberapa jam.

MALABIA PUDING ARAB BUNGA TELANG

Bahan 1
4 cawan susu full cream
2 sudu bunga telang kering
1 cawan gula

Bahan 2
2 cawan susu full cream
1 cawan rice powder @ rice flour

Bahan 3
1 sudu kecil Rose water
1 sudu kecil Esen vanilla

Bahan hiasan
Kelapa kering
Kekacang (gajus/pistachio/badam)

Cara membuat
1. Panaskan bahan 1 iaitu susu full cream bersama bunga telang kering sehingga susu menjadi warna biru. Kemudian tapis keluar bunga telang dan masukkan 1 cawan gula. Kacau sentiasa.
2. Masukkan bahan 2 ke dalam bahan 1 dan kacau sentiasa sehingga pekat.
3. Kemudian masukkan bahan 3 iaitu rose water dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
4. Tuang ke dalam bekas dan hias dengan kelapa kering dan kekacang. Simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum nikmati.

Kredit resipi dan gambar: iefa ridza bajunid Fb: fanthaghiro roses

Selamat mencuba!

IKLAN