Nak cuba masakan Filipina? Jangan bimbang, rasanya macam masakan Melayu, sedap dan memang boleh layan. Kali ini RASA kongsikan tiga menu Filipina yang ada pengaruh Indonesia dan Malaysia. Soal bahan-bahan, sama saja dengan bahan-bahan orang kita masak. Apa tunggu lagi jom kita pelbagai masakan dalam menu harian.


.

AYAM WOKU MANADO
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun pandan
  • 2 batang serai | titik
  • 760gm air
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 batang daun bawang | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun Kemangi | secukupnya

BAHAN KISAR :

  • 4 tangkai cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 6 biji buang keras
  • 3cm kunyit hidup
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kisar bersama daun limau purut, pandan, serai hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, masak hingga ayam kecut, masukkan air.
  3. Perasakan dengan maram, gula secukup rasa, biarkan terus mendidih hingga ayam empuk.
  4. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan tomato, daun kemangi dan daun bawang.
  5. Sedia dihindangkan.


.

AYAM KUNYIT KEDAYAN
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan pes cili dikisar
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 litter santan
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak masak
  • Air | jika perlu

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili, belacan, serbuk kunyit dan serai, kacau seketika.
  3. Setelah tumisan pecah minyak, masakkan ayam dan asam gelugor.
  4. Masukkan sedikit air, kacau rata hingga ayam kecut.
  5. Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.


.

SALMON PIDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 1/2 liter air
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 3 cm halia | hiris nipis
  • 4cm lengkuas | hiris nipis
  • 10-15 biji cili padi
  • 3 batang serai | titik
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh belacan | bakar
  • 3 biji tomato | potong kiub
  • 300gm nanas | potong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam.
  2. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
  3. Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
  4. Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
  5. Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
  6. Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup api, sedia dihidangkan