Tak sangka bila RASA berkunjung ke dapur VIP kali ini, tetamu istimewanya Datin Thalia Baiduri Abd Rashid yang kami kunjungi sedang live di FB Iman Health & Beauty Hq sambil memasak di ruang dapur. Beliau langsung tidak kekok memasak sambil melayan pertanyaan followernya secara live. Sepanjang live Datin begitu mesra dan ramah sambil berkongsi resipi dan tip memasak.
Hampir sejam Datin Thalia live berkongsi tiga menu menyakinkan penulis, bahawa ibu muda yang cantik dan langsing ini memang pandai memasak. Buktinya dalam tempoh itu beliau berjaya menyiapkan tiga menu di mana tiga yang baunya sudah cukup menggoda selera. Menu ini turut dikongsikan dengan pembaca RASA semua.
SAMBAL PETAI IKAN BILIS BAHAN-BAHAN:
Ads
200gm ikan bilis | belah dua & goreng seketika
4 papan petai | ambil isinya sahaja dan goreng separuh masak
5sudu makan pes cili kering
3 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
5-6 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis hirisan bawang besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika kemudian masukkan pes cili kering
Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam jawa.
Setelah tumisan agak garing masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan terus kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan sambal sedikit garing, tutup api.
Sambal Tumis Petai Ikan Bilis sedia dihidangkan tumis.
GULAI TEMPOYAK UDANG DENGAN PUCUK KELEDEK BAHAN-BAHAN:
300gm udang saiz besar | bersihkan & tos
Secekak pucuk keledek | ambil pucuk & daun muda
500ml santan pekat
2 sudu makan tempoyak
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu
BAHAN KISAR:
Ads
6 ulas bawang merah
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
15 biji cili padi
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Masukkan separuh santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
2. Setelah mendidih masukkan udang, kacau seketika masukkan pucuk keledek.
3. Terus kacau hingga pucuk keledek layu.
4. Seteusnya tambahkan dengan lebihan santan tadi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah pucuk keledek lembut dan cukup rasa, tutup api.
7. Gulai Tempoyak Udang Dengan Pucuk Keledek sedia dihidangkan.
Ads
AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 batang serai | kisar
3cm lengkuas |kisar
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu makan kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam dalam mangkuk besar.
Campurkan ke dalamnya semua bahan kisar dan serbuk ketumbar, jintan manis dan putih serta serbuk kunyit.
Seterusnya tambahkan daun kari dan garam secukupnya.
Gaul rata dan perapkan ayam dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. Lebih baik kalau semalaman.
Untuk menggoreng, panaskan minyak yang banyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
Angkat, tos dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Berkenalan dengan tetamu vip kali ini hanya di corong telefon. Tiba di kediaman Dato’ Nurul Cynthia Williams, kami disambut oleh pembantu rumah beliau. Tidak lama kemudian muncul wanita ayu lengkap berbaju kurung moden sedondon dengan anak perempuan beliau. “Maaflah dua anak lelaki saya tidak turut serta. Seorang di asrama dan seorang lagi kurang sihat,”jelas beliau.
Tidak kekok berbual dengan beliau biarpun pertama kali bertemu, banyak celotehnya dan sentiasa mengukir senyuman.Beliau mengelola tiga syarikat yang kesemuanya berhubungkait dengan sumber manusia. Salah satunya ialah agensi pekerjaan Priston yang membawa masuk pekerja asing, pembantu rumah dan juga local candidates. Selain itu turut menjadi konsultan sumber manusia serta menawarkan servis pembersihan untuk pejabat.
Sebagai ibu dan wanita bekerjaya semestinya sibuk dengan tugasan harian. “Rutin harian saya bangun seawal pagi jam empat atau lima pagi. Solat dan pastikan hal berkenaan anak-anak sudah tersedia. Saya juga berterima kasih kerana mempunyai dua orang pembantu rumah untuk membantu saya dalam hal kerja rumah. Bila anak-anak ke sekolah maka saya pun memulakan tugasan.
Memandangkan kerjaya saya banyak berhubung rapat dengan pembantu rumah jadi saya pastikan mendapat pembantu yang terbaik untuk menguruskan hal anak-anak dan rumah seandainya saya tidak berada di rumah. Biasanya jika tidak ada hal di luar, jam enam saya sudah berada di rumah,”ujarnya.
Beliau akui tidak arif sangat memasak. “Oleh kerana saya Cina Muslim, anak-anak menggemari masakan fusion iaitu masakan cina dari orang tua saya dan Melayu. Tidak ketinggalan masakan barat seperti spageti dan stik. Jadi kami mempunyai pilihan masakan fusion di rumah iaitu Cina, Melayu dan barat,” jelasnya.
Selain pembantu rumah, beliau juga dibantu chef peribadi iaitu Chef Alwi di mana banyak menu yang dipelajari darinya. Latar belakangnya bekerja di hotel lima bintang sebelum ini dan juga 20 tahun pengalaman dalam dunia masakan memberi keyakinan kepada chef ini untuk mencipta menu enak. Dia juga menjadi konsultan lebih dari 17 restoran hasil pengalamannya sebagai chef dalam bidang F&B. Beliau akui banyak mempelajari menu-menu mudah darinya.
Seperti hari ini dihidangkan dengan resipi Boil Asparagus Bersama Udang dengan sos istimewa iaitu Honey Sesame Oil Lime and Olive Oil. “Saya begitu teliti soal sayuran yang hendak dimakan. Hanya sayuran tertentu yang suka dimakan dan salah satunya ialah asparagus. Anak-anak pula menyukai Spageti Carbonara bersama sosej kambing pedas. Saya amat mementingkan makanan berkhasiat. Sosej ini istimewa kerana dibuat khas oleh Chef Alwi di mana dia mengeluarkan sendiri sosej ini. Ia bebas dari tepung, gluten, gula, pewarna dan bahan pengawet. Ia daging kambing import bersama herba. Anak-anak saya amat menggemarinya. Terdapat juga sosej ayam dan kambing,”ceritanya.
Hidangan pemanis mulut pula dihidangkan Bubur Cha Cha. Semasa percutian di Thailand, beliau merasai Bubur Cha Cha yang sedap di sana. Rasanya berbeza dengan Bubur Cha Cha tempatan. Bubur Cha Cha yang dihidangkan ini adalah olahan resipi mengikut cita rasa Thai. Keenakkannya kerana diletakkan santan segar, laici, nanas, koktel , mangga segar, sago, keladi dan oren mandarin . Pemanis mulut ini adalah kegemaran beliau dan anak-anak.
Anak-anak sukakan spageti dan nuget. Masakan Cina mesti ada sayuran juga ikan masam manis. Chef akan datang dua atau tiga kali seminggu untuk buat penyediaan makanan dalam masa yang sama mengajar pembantu rumah dan secara tak langsung beliau juga belajar memasak dengannya.
“Biasanya hari minggu saya luangkan masa untuk memasak. Sebolehnya saya akan sediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Di rumah memang tidak ada snek juga minuman ringan. Minuman bergula juga sangat minima. Jadi anak-anak tiada pilihan. Mereka buka peti sejuk nampak buah, jadi mereka kenalah makan buah. Hanya kadang kala kalau keluar makan di luar ada cheat day untuk makan snek dan makanan manis. Makanan manis ini tidak bagus untuk kesihatan dan silent poison. Semua penyakit datang daripada pemakanan. Malam pula saya makan sedikit dan anak-anak makan seperti biasa,”ujarnya menutup bicara.
Asparagus with grill prawn
Asparagus stim dihidang bersama udang panggang yang ditabur bijan dan bawang putih goreng. BAHAN-BAHAN:
Minyak zaitun
Minyak bijan
Madu
Limau nipis
Udang|dibuang kulit tinggal kulit ekor dan dibelah belakang
Asparagus |dibuang kulit tua
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak guna kuali tebal
2.Udang dipanggang dengan lada hitam dan ditabur dengan garam. Jangan terlalu masak, biarkan ia masak sendiri.
3.Setelah diangkat dari kuali,biarkan udang sejuk.
4.Rebus air, letak garam sehingga rasa masin.Tujuan agar asparagus menyerap rasa garam.Guna garam bukit.
5.Apabila asparagus bertukar warna terang angkat dan rendam dengan air sejuk
Dressing
Limau nipis |diperah ambil air nya
Biji bijan |digoreng tanpa minyak sehingga keperangan
Minyak zaitun
Jus limau nipis
Madu
Sedikit minyak bijan
Kacau semuanya.
Spaghetti Carbonara Sosej Kambing Pedas BAHAN-BAHAN:
1/2 ketul mentega
Sedikit minyak zaitun
4 ulas bawang putih | cincang
1/2 pek sosej kambing pedas
1 tin sup cendawan
1 kotak kecil susu segar
Bawang besar
Serbuk lada hitam
Spageti
Garam secukup rasa
Keju Parmesan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak zaitun dan ½ ketul mentega. Masukkan bawang putih yang diketuk dan cincang (bawang besar potong dadu, jika suka) hingga kekuningan. Masukkan sosej dan angkat.
2.Guna kuali yang sama, masukkan 1 tin sup cendawan dan 1 tin air. Kacau rata dan bila tak berketul, baru buka api.
3.Masukkan satu kotak kecil susu segar, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
4.Tuang sosej tadi dalam sos cendawan.
5.Tuang sos atas spageti apabila hendak makan, tabur keju parmesan.
Bubur cha-cha
BAHAN-BAHAN:
Santan kelapa
Keladi cina | potong dadu
Buah kabong
Longan
1 tin laici
Sago
Kurma cina (merah)
Koktel buah
Nanas dalam tin | potong dadu
Gula Melaka
Secubit garam
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Perah kelapa, ambil yang pekat dan dicampur garam.
2.Gula Melaka dimasak dengan daun pandan,masuk secubit garam
3.Laici dan nanas dipotong dadu
4.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, tuangkan santan kelapa dan gula Melaka.
5.Siap untuk dihidang.
Siapa sangka Datin Seri Siti Nur Cahaya seorang personaliti yang begitu menjaga penampian ini sebenarnya seorang ahli perniagaan yang mengusahakan ladang kambing Boer. Kalau anda semua nak tahu beliau bukan hanya pakar daging kambing tetapi juga dalam memasak daging kambing itu sendiri.
Selain menjual daging kambing segar, syarikatnya turut menjual daging kambing yang telah diperap dengan bahan perapan hasil air tangan beliau sendiri. Untuk anda semua, Datin Seri Siti Nur Cahaya sudi kongsikan dua resipi:
TORTILLA KAMBING SERI CAHAYA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kambing Boer | cuci dan bersihkan
1 paket roti tortilla
BAHAN PERAPAN:
Sedikit serbuk paprika
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit sebuk tyme, oregano dan Cajun
Sedikit minyak zaitun
BAHAN ISIAN:
1 batang lobak merah | hiris halus
1/4 biji kobis | hiris halus
Beberapa kelopak daun salad | ikut suka
BAHAN SOS LADA HITAM:
6 cawan air
150gm daging | hiris
3 sudu makan kicap
6 sudu makan gula perang
1 tin cendawan butang | hiris
1 tim krim cendawan
3 sudu makan tepung gandum | untuk memekatkan kuah
1 sudu teh serbuk lada hitam CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan perapan dalam mangkuk, kemudian gaulkan pada daging kambing. Perapkan sekurang-kurang satu jam. (sebaiknya semalaman dan disimpan dalam peti sejuk).
Panaskan pemanggang, dan panggang daging ikut selera, separuh masak atau masak sepenuhnya.
Ketepikan dan hiris kecil dan nipis.Sementara itu sediakan sos. Campurkan semua bahan kecuali tepung gandum.
Masak atas api perlahan hingga mereneh.
Kecilkan api dan masukkan tepung gandum, kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
Untuk menghidangkannya, bentangkan roto tortilla kemudian letakkan parutan bahan isian dan lapisi dengan hirisan daging kambing.
Tuangkan sos lada hitam di atasnya dan gulung tortilla.
Tortilla sedia dihidangkan.
AYAM MASAK KURMA:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14
3 sudu makan rempah kurma
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1litter santan segar
Rempah penumis | bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 biji tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
2 biji cili merah | belah dua
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kentang.
Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan.
Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan cili.
Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.
Kalau kebiasaannya korang beli je nugget, apa kata kali ini buat sendiri ia lebih sedap dan super jimat dan terjamin sedap dan kebersihannya. Jika korang ingin cuba, sebaiknya gunakan paha ayam kerana ia membuatkan nugget yang korang buat lebih sedap. Untuk lebih sedap dan trending samburkan sedikit keju, gerenti anak-anak tak tolak kalau mak-mak sediakan bekal nugget homemade air tangan ibu sendiri. Nak tahu caranya ini resipi Nugget Ayam Mayones Berkeju.
NUGGET AYAM MAYONES BERKEJU BAHAN-BAHAN:
500 gm fillet ayam
50 gm keju parut
50 gm mayones
5 ulas bawang putih | kisar
2 biji telur
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
BAHAN CELUP & GAUL:
75 ml air
50 gm tepung terigu
Garam secukupnya
Tepung roti secukupnya
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1: Hiris nipis fillet ayam.
LANGAH 2:Dengan menggunakan food Chopper, masukkan hirisan ayam dan telur. Kisar sekejap, kemudian masukkan keju parut, mayones, bawang putih, tepung ubi. Kisar lagi .dan masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Kisar lagi hingga sebati.
LANGKAH 3: Tuang adunan nugget dalam loyang ukuran 16 X 16 cm dengan dialas plastic. Kukus selama 30 minit dengan api kecil hingga masak.
.
LANGKAH 4: Setelah masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk baru dipotong ikut cita rasa.
.
LANGKAH 5: Seterusnya sediakan celup nugget, dengan mencampurkan tepung, air dan garam secukupnya. Kacau rata hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan potongan nugget di dalamnya kemudian golekkan dalam bekas berisi serebuk roti hingga habis. Anda boleh terus gorengnya menggunakan minyak banyak dan panas. Jika belum sedia dihidangkan, simpan nugget yang telah digoreng di dalam dalam freezer. Ia boleh tahan hingga lebih dua minggu