3 Lokasi Buka Puasa Ni Puas Hati Makan, Banyak Pilihan Makanan

Share

Bulan Ramadan ini pastinya ingin berbuka puasa dengan yang tersayang. Tak tahu nak bawa mereka ke mana, lokasi berikut boleh anda pertimbangkan. Memang puas hati makan kerana sukar nak memilih. Pendek kata banyak pilihan ikut cita rasa masing-masing.

Serambi Selera di Restoran Lesung Fairfield by Marriot

Ramadan bulan yang mulia. Bermula 24 Mac hingga 19 April, Fairfield by Marriot mengajak anda berbuka puasa di hotel ini. Restoran Lesung Fairfield by Marriot menawarkan suasana yang sempurna untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun teman-teman.

Dengan berlatar belakang pemandangan Kuala Lumpur dari hotel, tetamu boleh menikmati iftar mereka dengan pemandangan bandar yang menakjubkan dan sambil menjamah makanan yang lazat.

Serambi selera dipilih sebagai tema bufet Ramadan tahun ini sebagai mewakili perkataan Melayu untuk tempat menjamu selera.

Masakan Melayu menjadi pilihan masakan bufet Ramadan kali ini menepati citarasa Malaysia. Menu terdiri daripada ulam-ulaman yang terdiri daripada pelbagai jenis kerabu yang menyelerakan dan pilihan ulam yang pelbagai.

Bubur lambuk menu wajib di sini dan disediakan di stesen sup bersama pilihan sup yang berbeza. Beralih kepada masakan Melayu, antara yang boleh anda nikmati ialah Nasi Minyak Nusantara, Gulai Ikan Tenggiri tempoyak, Sambal Udang Petai, Asam Pedas Ekor lembu Belimbing Buluh dan lain-lain menu yang enak belaka.

Beberapa gerai disediakan, daripada gerai live masak dan bakar-bakar sehinggalah ke gerai durian dan buah-buahan.

Antara menu kemuncak bufet Ramadan tahun ini, Sup Gear Box dihidangkan bersama Roti Benggali.Tetamu juga boleh ke gerai kuih muih untuk merasa pelbagai pilihan kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.

Buat yang ingin mencuba masakan melayu tradisional, bufet Ramadan dijual pada harga RM148nett (dewasa) dan RM78nett (kanak-kanak) berumur 5 hingga 11 tahun.Harga promosi early bird RM108nett (dewasa sahaja).

Bufet Quan’s Bazar Selera

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur,Chinatown mengadakan Quan’s Bazar Selera sekaligus mengumumkan kerjasamanya dengan chef selebriti Naem Ramli.

Bazar Ramadan ini untuk menawarkan pengalaman menjamu selera yang unik sepanjang bulan mulia ini. Bufet Quan’s Bazar Selera menonjolkan kepakaran  Chef Naem Ramli dengan sentuhan inspirasi Chinatown yang unik, termasuk Ikan Botok-Botok, Asam Rebus Daging Panggang, Udang Rendang Hijau dan banyak lagi.

Bufet Quan’s Bazar Selera bermula dari 23 hingga 21 April 2023 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga RM148+ untuk dewasa, bufet ini  menawarkan pelbagai jenis hidangan menggoda, termasuk menu istimewa ilham Chef Naem.

Pilihan menu set bawa pulang juga tersedia pada harga RM168+ untuk dua orang.

Bufet Santapan Rasa Sayang

Bufet Santapan Rasa Sayang 2023 yang dinanti-nantikan kini kembali.Menjanjikan pelbagai hidangan yang lebih nostalgia. Dihidangkan di Chek’s Coffee House, AVANTÉ Hotel, tetamu boleh merasai hidangan ikonik pelbagai negeri di Malaysia.

Hidangan istimewa kali ini disajikan oleh Chef Arih Ahmad, mengimbau kenangan indah masakan ibunya.Daging bakar masak lemak, klasik Negeri Sembilan. Dibumbui dengan serai, cili padi dan kunyit, daging salai dan digandingkan dengan santan berkrim dan belimbing besi, gabungan rasa pedas, kaya dan berasap, hidangan tradisional yang membangkitkan selera.

Satu lagi hidangan utama ialah Kambing Golek yang lembut, berair, dipanggang dan dihidangkan secara langsung di bufet. Tidak dilupakan Rendang Ayam, Ketupat Palas, Satay, Gear Box Soup, Ikan Bakar, Shawarma, Sotong Belado, Nasi Tomato, Sup Kambing dan perut serta pelbagai lagi.

Pilihan hidangan antarabangsa yang menarik juga dihidangkan: ketam goreng lada hitam, sushi dan sashimi, sotong masam manis, stik BBQ, chicken chop dan daging lembu goreng Mongolia. Apam balik yang rangup atau nikmati gerai ‘Goreng-Goreng’ – pisang, keledek, cekodok, cucur bilis dan cucur manis.

Akhiri malam dengan pemanis mulut, kuih-muih, ABC, bubur, pelbagai pastri Perancis dan buah-buahan eksotik semuanya merupakan pilihan popular untuk penggemar pemanis mulut.

Bufet Santapan Rasa Sayang 2023 bermula 23 Mac hingga 21 April 2023 6:30 petang hingga 10:30 malam di Chek’s Coffee House (Level G), AVANTÉ Hotel.

Harga bufet Ramadan ialah  RM208 (dewasa) RM148 (warga emas) RM104 (kanak-kanak)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN